Berita Terkini| 95 peruncit, pemborong kena tindakan! Johor paling tinggi ingkar harga maksimum
Published bySEBANYAK 95 peruncit dan pemborong dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 21 April 2021 lalu.
Timbalan
Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, 89 kes
melibatkan peruncit sementara enam kes adalah pemborong.
“Kesemua
mereka yang dikenakan tindakan melibatkantiada tanda harga iaitu sebanyak 47
kes, tiada tanda harga khas merah jambu (18 kes) dan menjual melebihi harga
siling ditetapkan (30).
“Jumlah sitaan
adalah sebanyak RM12,736 manakala kompaun dikenakan ialah sebanyak RM13,800,”
katanya di Alor Setar pada Khamis, 29 April 2021.
Menurut Shamsul Nizam, negeri Johor, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kes paling tinggi.
Keseluruhan
jumlah pemeriksaan yang dijalankan selama lapan hari skim ini berlangsung di
seluruh negara adalah sebanyak 16,435 di mana 292 adalah pemborong dan 16,143
adalah peruncit.
"Secara
keseluruhan kita berpuas hati dengan pematuhan peniaga menerusi skim ini
disebabkan aduan yang diterima cuma 11 kes sahaja daripada keseluruhan
pemeriksaan di seluruh negara.
"Cuma
kita menasihati peniaga agar terus mematuhi skim ini supaya mereka dapat
merancang perniagaan di samping pengguna juga turut mendapat harga yang
munasabah," katanya. – KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter