Berita Terkini| Penyakit kulit kental: Lebih 80k lembu disuntik! Tidak boleh jangkiti manusia!
Published byGambar hiasan... JPV di seluruh negara telah diarah mengaktifkan program pengawasan bagi mengesan, mengawal serta mencegah penularan wabak LSD pada ternakan lembu.
JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) di seluruh negara telah diarah mengaktifkan program pengawasan bagi mengesan, mengawal serta mencegah penularan penyakit kulit kental (LSD) pada ternakan lembu.
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata setakat
ini JPV telah memberi suntikan terhadap 81,252 lembu di 9,108 ladang selepas
terdapat tanda 89 ekor haiwan berkenaan dijangkiti LSD.
“Kita
memandang serius wabak penyakit LSD ini dan usaha mengesan serta menyekat
penularannya kini giat dilakukan di seluruh negara terutama di kawasan berisiko
tinggi.
“Syarat
mengimport lembu hidup juga akan diperketatkan lagi supaya tiada lembu punyai penyakit
LSD memasuki negara. Kita akan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin
dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi perkemaskan lagi kawalan di pintu masuk negara.
“Tindakan
tegas akan dikenakan terhadap konsainan lembu import yang menunjukkan gejala
penyakit LSD di stesen kuarantin,” katanya menerusi satu kenyataan dilaporkan oleh Harian Metro, 4 Jun 2021.
Tambah Dr
Norlizan, pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak lembu
diminta segera hubungi pejabat perkhidmatan veterinar negeri atau daerah
berdekatan jika mengesyaki ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang mereka
menunjukkan gejala penyakit LSD.
Katanya lagi, penyakit LSD tidak zoonotik iaitu tidak menjangkiti manusia dan pihak JPV menafikan gambar individu yang tular dengan gejala di bawah mata disebabkan jangkitan LSD. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter