Berita Terkini| Semua sektor ekonomi, sosial tak dibenarkan! Hanya 17 perkhidmatan beroperasi!
Published bySEMUA sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun 2021 melainkan 17 perkhidmatan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menteri
Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 17
perkhidmatan itu terdiri makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan
kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perniagaan dan klinik haiwan
serta perkhidmatan veterinar.
"Begitu
juga dengan perkhidmatan air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan
dan bantuan kemanusiaan; urusan sisa pepejal; pengangkutan darat dan air.
"Perkhidmatan
dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang; komunikasi termasuk media,
telekomunikasi dan internet, pos, kurier penyiaran bagi tujuan penyampaian
maklumat berita," katanya seperti
dipetik oleh Berita Harian pada Ahad, 30
Mei 2021.
Tegas beliau, khidmat perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti termasuk pajak gadai, e-dagang, teknologi maklumat, pengeluaran, penyulingan dan pembekalan bahan api dan pelincir turut dibenarkan.
Begitu juga dengan hotel dan penginapan bagi tujuan kuarantin; pembinaan, penyelenggaraan; perkhidmatan perhutanan; penguatkuasaan dan hidupan liar serta logistik terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.
Senarai
perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:
1) Makanan
dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan
kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan
serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5)
Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan
kemanusiaan
6)
Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7)
Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8)
Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang,
termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan
penyimpanan atau pemukalan komoditi
9)
Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta
penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja
10)
Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit
komuniti pajak gadai sahaja
12) E-dagang
dan teknologi maklumat
13)
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api
dan pelincir
14) Hotel
dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi
perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan
15)
Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan
perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar
17) Logistik
yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter