Sanggup lakukan pembedahan plastik! Untuk pikat lelaki kaya!
Published bySETIAP insan ingin mempunyai paras rupa yang cantik dan sempurna, namun terdapat sejumlah insan yang dilahirkan dengan kecacatan. Melakukan pembedahan plastik adalah salah satu cara untuk mengubah kecacatan pada diri. Cuma yang diperlukan ialah keberanian dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. : KitaReporters
Perbezaan wajah Kim Phng dahulu dan setelah menjalani pembedahan. - Kredit foto: FB Quch Kim Phng
Lagi kisah-kisah berkaitan pembedahan plastik:
https://kitareporters.com/search?search=pembedahan+plastik
Wanita Vietnam yang dikenali sebagai Quch Kim Phng dilahir dengan wajah tidak cantik, berbibir tebal, gigi bergigi, hidung kemek atau ‘hidung bawang putih’ dan banyak jerawat.
Kim Phng sering diketawa kerana memiliki wajah hodoh. - Kredit foto: FB Quch Kim Phng
Ketika memasuki alam remaja iaitu 17 tahun, dia juga ingin mempunyai teman lelaki, namun nasibnya malang apabila lelaki yang disukainya meninggalkannya.
Kerana kecewa dan geram, Kim Phng nekad untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya kepada lebih cantik.
Menurut laporan media asing, Kim Phng, 25, berasal dari keluarga biasa di wilayah De Nong, Vietnam.
Ibu bapanya terpaksa membantu menyediakan kewangan dengan bergolok bergadai dan menjual tanah bagi mendapatkan sebanyak 300 juta dong Vietnam (kira-kira RM50,000).
Pembedahan plastik itu berjaya mengubah wajah Kim Phng menjadi wanita jelita.
Kim Phng bersama anaknya melalui perkahwinan pertama. - Kredit foto: FB Quch Kim Phng
Berat badannya turun daripada 60 kg kepada 50 kg. Dia juga sudah mempunyai paha dan pinggang lebih menarik.
Dia tetap ingin berkahwin lagi walaupun sudah mempunyai seorang anak.