Terengganu akan bina sungai tiruan! Minimumkan kesan banjir di Kemaman, Chukai dan sekitarnya!
Published byGambar hiasan... Jambatan Sungai Kemaman, Terengganu
RAMAI yang tidak suka apabila membeli barangan tiruan kerana kualitinya rendah dan tidak tahan lama berbanding barang yang diperbuat daripada bahan asli.
Tetapi bagaimana pula jika ada pihak yang akan melabur dengan kos perbelanjaan yang tinggi semata-mata untuk membina sungai tiruan?
Sukar untuk mempercayai tetapi tidak lama lagi penduduk negeri Terengganu akan dapat melihat sebuah sungai tiruan bakal dibina di negeri tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sungai
Hanafiah Mat
Projek pembuatan sungai tiruan bernilai RM300 juta bagi meminimumkan kesan banjir di daerah Kemaman dan beberapa kampung di Chukai akan dimulakan awal Januari 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, pembinaan sungai tersebut sepanjang sembilan kilometer dari Paman ke Tasik Bungkus, Ibok, Cukai dan ke Kemaman.
Katanya, projek tersebut dijangka mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
Menurutnya, sungai tiruan selebar 250 meter dan ketinggiannya ialah dua meter telahpun diberikan kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sungai Kemaman
Mengikut Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) projek tersebut apabila siap kelak, ia akan dapat mengatasi masalah banjir di sekitar pekan Chukai.
Hanafiah berkata, projek pembinaan sungai tiruan tersebut dapat meminimumkan pertembungan Sungai Air Putih dan Sungai Cerul yang terletak di Hulu Kemaman yang mana keadaan lebih buruk jika berlaku fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
“Jika pertembungan ini berlaku ia menyebabkan banjir kawasan di sekitar Chukai seperti Bandar Baru Bukit Menok, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Tempurung,” katanya.
Katanya, keadaan lebih buruk jika berlaku fenomena air pasang besar menyebabkan kawasan berkenaan sering berlaku banjir.
Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, projek berkenaan mengambil masa untuk dimulakan kerana ia membabitkan pengambilan tanah milik penduduk. - KitaReporters
Bandar Kemaman kerap dilanda banjir besar pada setiap tahun.