Ingin mencari jodoh! Guna aplikasi Baitul Urus! Terengganu sedia aplikasi khusus cari pasangan!
Published byGambar hiasan... Program Perkahwinan Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu
PELBAGAI cara dan kaedah dilakukan oleh seseorang untuk mencari jodoh sebagai pasangan hidup suami isteri sehingga tercapai ke jenjang pelamin.
Jika dahulu usaha mencari pasangan dengan cara bersemuka dan mengutus surat, tetapi pada zaman serba moden sekarang banyak cara boleh dilakukan termasuk menggunakan media sosial.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) adalah antara agensi kekeluargaan di negeri itu yang turut mengambil tanggungjawab untuk membantu pasangan yang berhasrat ingin mencari jodoh.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jodoh
Kaedaah terbaharu yang diusahakan oleh YPKT ialah dengan
menyediakan aplikasi cari jodoh yang dipanggil Baitul Urus sebagai usaha membantu memudahkan
golongan muda yang menyimpan hasrat untuk mencari jodoh dan pasangan hidup
melalui perkahwinan kali pertama.
Bukan itu saja, YPKT juga turut membuka peluang kepada ibu atau bapa tunggal mencari pasangan yang serasi dan sesuai untuk kembali menjalani kehidupan berumah tangga yang lengkap dan sempurna.
Hanafiah Mat
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, program berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh YPKT bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat jodoh secara cepat, mudah dan bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki.
Katanya,
untuk menyertai program itu pasangan perlu mengikuti beberapa syarat yang telah digariskan kepada mereka yang ingin
mencari jodoh melalui aplikasi ini antaranya mestilah rakyat negeri ini sama ada
lelaki mahupun perempuan.
Beliau
berkata, pasangan terbabit hendaklah berusia 21 tahun ke atas tanpa mengira di
mana mereka bertugas ataupun bekerja.
“Aplikasi ini tidak terbuka kepada mereka yang mempunyai tujuan untuk berpoligami," katanya ketika merasmikan aplikasi berkenaan secara maya menerusi TV Darul Imam (TVDI), pada Khamis, 12 Ogos 2021 lalu.
Katanya, usaha kerajaan mewujudkan insiatif berkenaan adalah bagi mengatasi fenomena kahwin lewat dalam kalangan anak muda yang menjadi suatu kebimbangan.
Beliau
berkata, ia menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan,
disebabkan gaya hidup pada masa kini yang lebih menumpukan kepada aspek
melanjutkan pelajaran, mengejar kerjaya serta memilih untuk tidak terikat
dengan institusi perkahwinan.
"Selain
itu, tidak menemui calon yang sesuai dan menghadapi masalah kewangan
dilihat turut memberi kesan kepada golongan ini melangkah ke gerbang
perkahwinan," tambahnya.
Hanafiah
berkata, kerajaan sebelum ini telah mengambil beberapa langkah termasuk
mengadakan program Walimatul Urus Perdana untuk memudahkan golongan belia dan
beliawanis negeri ini mendirikan rumah tangga.
"Program ini akan diteruskan serta akan dikembangkan lagi dengan turut memberikan tumpuan golongan ibu atau bapa tunggal pula selepas pandemik Covid-19 ini berakhir insya-Allah," katanya.
Wan Mohd Zaki Wan Abdullah
Sementara itu, Pengarah YPKT, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, bagi yang berminat menyertai program Baitul Urus itu, ia cukup mudah dengan hanya mendaftarkan diri di pautan baitulurus.ypkt.gov.my.
Menerusi aplikasi itu, maklumat ahli akan disimpan sebagai rujukan, semakan status pendaftaran melalui emel.
Selepas itu, boleh melakukan proses mencari pasangan mengikut kriteria masing-masing, katanya lagi.
"Apabila pasangan telah bersetuju maka kita akan adakan sesi perjumpaan bertempat di pejabat YPKT. Adalah menjadi harapan agar aplikasi ini akan membantu mereka yang masih belum bertemu jodoh.
"Serta ibu atau bapa tunggal yang berminat akan bertemu jodoh dengan pasangan baharu untuk membina semula kehidupan berumah tangga," ujarnya. - KitaReporters
Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Kuala Terengganu.