JENAMA Pos Malaysia Berhad begitu sinonim di Malaysia kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka

dan masih kekal relevan hari ini serta akan terus menjadi pilihan orang ramai pada masa akan datang. Selari dengan kemodenan dan kemajuan dunia, Pos Malaysia Berhad telah membuka satu lagi sejarah apabila sudah ada kapal terbang sendiri. : KitaReporters

Guysss, jenama sendiri ok. Satu kemajuan untuk mereka. Tahniah!!!

Melalui perkongsian dari Malaysia Airports dalam FB milik mereka, penerbangan pertama Pos Malaysia Asia Cargo itu dikatakan tiba di KL International Airport , Sepang pada 12 Jun 2020. 

Woww, cantik tertarik kau memang da bomb!!!! 

Kredit FB Malaysia Airport 


Jika sebelum ini, rakyat Malaysia sering merungut mengatakan barang yang dipesan selalu lambat sampai, mungkin selepas ini, pesanan anda akan lebih pantas sampai ke rumah anda. 

Sampai ke rumah tu bukan bermakna kapal terbang tu pergi hantar sampai depan rumah yaa, kalau macam tu, rugi balik Pos Malaysia!!!! 

Jadi kalau selepas ini harga yang caj itu naik sedikit harap boleh faham ya!!! 

Sokong produk kita guyss!!!! 


Apa pun, tahniah Pos Malaysia Berhad kerana berjaya memiliki kapal terbang sendiri!! 

Mungkin selepas ini akan lebih ramai orang menggunakan perkhimatan anda. 

Dengan syarat servis pun makin mantap ya!!! Jangan hampeh macam sekarang. 

Ketika ini Pos Malaysia mempunyai kapal terbang untuk menghantar barangan sahaja dan tidak mustahil, satu hari nanti, perkhidmatan Pos Malaysia akan melebarkan sayap ke dunia penerbangan. 

Huhhh, tak sabar rasanya kalau itu terjadi, imej dan baju mesti gempak. 

Moga ia benar-benar terjadi. - KitaReporters

11
3
2
1
3

Copy Link: