Taufan 'nyamuk' dilapor melanda di sebuah jalan raya dekat bandar raya Buenos Aires, Argentina. - Kredit foto: Video Twitter ChGaravaglia


PADA mulanya pengguna-pengguna di jalan raya 74 Buenos Aires,Argentina  menyangka bahawa ribut taufan sedang melanda di bandar itu. 

Jika dilihat sepintas lalu, ia seakan-akan benar kejadian ribut taufan sedang bergerak menuju ke arah pemandu-pemandu kenderaan yang sedang dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

Ramai antara mereka (pemandu kereta) berkata "Kita tidak dapat lagi mengelak malapetaka taufan ini dan terpaksa berdepan dengannya. "Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi," ujar mereka.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nyamuk:

https://kitareporters.com/search?search=nyamuk


Argentina dilanda hujan lebat selama dua minggu baru-baru ini sehingga membentuk beberapa takungan atau kolam air yang menjadi punca pembiakan nyamuk dengan cepat dan berleluasan. - Kredit foto: Video Twitter ChGaravaglia


Apabila mereka semakin dekat dengan 'taufan' tersebut akhirnya ternyata sebenarnya mereka melihat kumpulan kawanan nyamuk dalam jumlah besar sedang berterbangan di langit. 

Inilah pemandangan 'pelik' dan 'luar biasa' melanda negara itu pada 25 Februari 2021 lalu. Pemandangan aneh tersebut dirakam oleh pengguna-pengguna jalan raya serta menjadi tular dalam media sosial.



Portal news.com melaporkan bahawa baru-baru ini Argentina dilanda hujan lebat selama dua minggu sehingga membentuk beberapa takungan atau lopak air di sekitar kawasan yang menjadi punca pembiakan nyamuk dengan cepat dan berleluasan.

Memetik kenyataan seorang jurucakap sebuah pertubuhan Pusat Kajian Parasitologi dan Vektor ,Juan Jose Garcia berkata,"Taburan hujan yang lebat sehingga mencetuskan kejadian banjir telah mengakibatkan berlakunya takungan air kolam besar dan sekali gus menjadi sarang-sarang nyamuk untuk bertelur dan membiak".

"Pada mulanya orang ramai agak ketakutan apabila melihat kumpulan-kumpulan nyamuk ini yang berterbangan di langit membentuk formasi seperti ribut taufan sedang melanda bandar ini.

"Tetapi ianya tidak membahaya manusia berbanding ribut taufan yang sebenar," ujar beliau.



Dalam perkembangan lain, pihak direktorat Zoonosis Majlis Perbandaran Pinamar mengulas permintaan orang ramai tentang program penghapusan pembiakan jentik-jentik (larva) yang menjadi kawasan populasi nyamuk di kawasan itu.

Seorang jurucakap direktorat berkata: "Semburan kabus (fogging) akan hanya membunuh sebahagian kecil daripada populasi nyamuk tersebut namun sebaliknya ia membawa risiko bahan kimia toksik ke dalam makanan manusia serta membunuh pemangsa semulajadi serangga itu."

Oleh kerana kebimbangan terhadap alam sekitar, pihak perbandaran tersebut tetap melakukan fogging terhadap kes-kes yang melampau di mana terdapat ancaman sebenar kepada kesihatan awam umum.

Penduduk tempatan digalakkan untuk menggunakan penghalau serangga, memastikan tingkap mereka mempunyai kelambu yang berkualiti baik, memastikan sumber air (takungan/simpanan) ditutup apabila ia tidak digunakan.

Pihak berkuasa kesihatan Argentina merekodkan sebanyak 70,000 kes demam denggi telah dilaporkan pada tahun 2020 di mana 41,754 adalah kes positif dan 24 kes melibatkan kematian pesakit. - KitaReporters


Sumber:

Argentina Mosquito Tornado| Scores of mosquito swarming like a 'tornado' trouble drivers in Argentina [WATCH] | Trending & Viral News (timesnownews.com)

https://twitter.com/i/status/1364625979193233408

Motorists in Buenos Aires shocked to see giant swarm of MOSQUITOES  | Daily Mail Online

0
1
0
0
0

Copy Link: