Para atlet Malaysia kini memperolehi akses kepada sokongan kesihatan mental dan fizikal tambahan menerusi program kesihatan hibrid baharu yang diperkenal oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan Doc2Us, penyedia kesihatan digital dan perkhidmatan e-preskripsi terkemuka di Malaysia. 

Inisiatif kebangsaan ini adalah usaha sama ISN dan Doc2Us untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang saksama, mudah diakses dan holistik kepada para atlet negara. 

Dr. Raymond Choy, CEO & Pengasas Doc2Us, berkata, "Kami sepenuhnya menyokong matlamat ISN dalam menjadikan kesejahteraan atlet-atlet negara sebagai keutamaan. 

"Disebabkan oleh amalan mereka sebagai atlet, mereka amat rentan kepada tekanan mental dan pelbagai masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan, kegelisahan ataupun kes-kes yang lebih serius. 

"Ini semua selain daripada masalah kesihatan fizikal yang menjadi lumrah dalam industri sukan. Usaha kerjasama ini adalah langkah ke hadapan dalam menangani cabaran-cabaran tersebut. 

"Sebahagian daripada usaha kami untuk menyumbang kepada negara dan rakyat, kami memanfaatkan pelbagai penawaran teknologi digital untuk menangani isu-isu kesihatan negara secara kolektif. 

"Kami bersyukur atas peluang, keyakinan, dan sokongan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan; rakan kongsi kami, Institut Sukan Negara; dan rakan kerjasama TeleHope Health dalam memimpin inisiatif ini." 



Program ini telah beroperasi sejak Sukan SEA pada Mei 2023, menyediakan penjagaan kesihatan hibrid, sama ada secara fizikal atau maya, menerusi aplikasi teknologi kesihatan digital. 

Perkhidmatan yang disediakan kepada para atlet negara melalui program ini termasuk perkhidmatan nasihat kesihatan maya percuma, telekonsultasi dan e-preskripsi, serta sokongan kesihatan di rumah oleh profesional perubatan yang diluluskan oleh lembaga. 

Platform kesihatan mental Doc2Us yang dikuasakan oleh TeleHope Health, juga membolehkan para atlet mengakses perkhidmatan kesihatan mental seperti penapisan kesihatan mental, nasihat kesihatan mental percuma, dan telekonsultasi dengan pakar psikiatri dan psikologi yang berlesen dari TeleHope Health. 

Dr. Aw Tsung Wai, Pegawai Kesihatan Mental Utama TeleHope Health, menambah, "Apabila berbicara tentang kerapian masalah kesihatan mental, satu daripada lima pelajar sekolah menengah didapati mengalami kemurungan dan dua daripada lima mengalami kegelisahan. 

"Kesihatan mental merupakan cabaran yang dihadapi oleh golongan muda, dengan kebanyakan masalah kesihatan mental muncul pada usia remaja yang lebih tua, dan ini lebih ketara bagi para atlet yang sentiasa berada dalam persekitaran pertandingan yang kompetitif dan penuh tekanan dalam kehidupan harian mereka, antara pendidikan dan sukan. 

"Pendekatan kesihatan hibrid yang mempunyai unsur digital membolehkan para atlet untuk dengan mudah mengakses penjagaan kesihatan dan menggalakkan mereka untuk mencari bantuan dengan mudah melalui sentuhan skrin, di rumah atau semasa mereka berada di luar negara sibuk menjulang nama Malaysia. 

"Mengambil langkah pertama akan meningkatkan hasil kesihatan dan malah memberi kuasa kepada orang lain untuk mengikut jejak." 



Memorandum Persefahaman (MoU) antara ISN dan Doc2Us untuk berkerjasama dalam program kesihatan hibrid untuk para atlet negara disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 22 Ogos 2023 lalu. 

Dalam sokongan penuh terhadap objektif Kementerian Belia dan Sukan untuk mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi atlet muda, terutama dari segi kesejahteraan mental dan fizikal, program kesihatan hibrid ISN dan Doc2Us berfungsi sebagai asas untuk meningkatkan bidang sukan sebagai alat penyatuan dan mewujudkan visi era digital pertama, selaras dengan prinsip Malaysia Madani. 

"Program sokongan ini menonjolkan semangat 'Demi Negara' lalu meneruskan komitmen Doc2Us melalui inisiatif awal perkhidmatan nasihat kesihatan secara maya. 

"Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada visi Universal Health Coverage, dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan serta menjaga kebajikan atlet muda negara," tambah Dr. Choy. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
10
0
11
0

Copy Link: