Hati-hati guna hand sanitizer! Lebih baik guna sabun sahaja!
Published byPelbagai usaha dilaksanakan dalam membendung penularan wabak berkenaan. Bukan hanya kerajaan, rakyat terus berusaha dan mencari jalan mengelak daripada terkena jangkitan.
Pesanan penaja yang sudah menjadi rutin sejak wabak melanda.
SOP jangan sesekali lupa ye.. virus di mana-mana!
Harus selalu membersihkan tangan dan jika tubuh kurang sihat, gunakan pelitup muka ketika di tempat awan dan duduk di rumah jika tiada urusan di luar.
Gambar hiasanKetika pada awal penularan wabak, hand sanitizer menjadi sebutan ramai.
Di mana-mana sahaja ianya dicari walaupun ada yang menjualnya pada harga tak masuk akal mereka tetap membeli kerana tiada pilihan.
Apa yang mahal sangat ni!!!
Tidak diketahui daripada mana munculnya secara tiba-tiba lambakan hand sanitizer ni di pasaran.
Pelbagai jenama keluar sama ada daripada syarikat terkenal atau yang muncul secara instant. Yang jenama instant ni memang merisaukan sedikit.
Apabila tidak banyak pilihan dan tidak mahu menyulitkan keadaan... asal ada beli aje lah!
Tapi, sebelum membelinya, pastikan anda fahamkan dahulu kandungannya. Jangan beli hanya kerana botolnya cantik atau baunya yang harum semerbak.
Teliti kandungannya dulu, ok? Itu lebih selamat! Kalau yakin baru beli.
Sensitifkah kulit pada bahagian jari jemari kita. Bagi yang berkulit sensitif terutama pesakit ekzema, penggunaan cecair ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif. Luka dan menggelupas tidak dapat dielakkan.
Lebih baik cuci dengan sabun sahaja!
Kalau nak tahu... Cecair pembasmi kuman perlu mempunyai bahan aktif yang berasaskan alkohol (70 peratus).
Kepekatan alkohol ini diguna meluas dalam banyak produk cecair pembasmi kuman kerana kemampuannya membunuh pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit.
Ada juga yang berani menghasilkan sendiri hand sanitizer semata mata untuk berjimat.
Tetapi apakah kaedah yang digunakan itu mengikut piawaian sebenar. Bukankah ianya perlu mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Bukan main hentam asal jadi sahaja. Kita tidak tahu tahap keberkesanannya.
Kalau teringin sangat nak buat sendiri cecair pembasmi kuman tu perlulah merujuk pada mereka yang pakar dalam bidang sains. Ini tidak buat sendiri lepas tu iklankan dan jual dengan harga murah.
Hasilnya? Berlaku kejadian tidak diingini. Kulit tangan jadi rosak, luka atau menggelupas.
Pada awal Jun 2020, tular dalam media sosial iaitu dari Facebook page Okay Kah Tawau bersumberkan status seorang wanita Nur Suraya mengenai kesan daripada kekerapan menggunakan hand sanitizer.
https://m.facebook.com/story.
Ada juga yang melahirkan rasa kesal kerana menggunakan cecair pembasmi kuman yang dibeli secara dalam talian tanpa diselidik kesahihannya. Nasi sudah menjadi bubur.
Berwaspada pada produk tiruan!
Jimmy Moschi berkata: "same la. hand sanitizer buat tangan jadi kering. eczema dah lame xde pun muncul
Kredit foto: FB page Okay Kah Tawau
Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Asyitin Shahidan menasihati warganet supaya lebih berhati-hati bila menggunakan hand sanitizer.
Dia menasihati orang ramai supaya menggunakan hand sanitizer sendiri berbanding yang disediakan di premis perniagaan.
Ada yang mendakwa cecair nyahkuman yang disediakan seperti air sabun biasa dan tidak berbau.
Asiyin menulis: "Patutnya memang ada bau kan? Pakai hand sanitizer sendiri lebih selamat.
Seorang lagi pengguna Facebook Huzz Aini meminta orang ramai hanya membeli cecair pembasmi kuman yang diluluskan KKM sahaja untuk mengelak bahaya dan dipersetujui dengan komen positif.
Sementara itu, Penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim turut menasihatkan orang ramai yang ingin mendapatkan cecair pembasmi kuman supaya memeriksa kandungan label produk terlebih dahulu.
Katanya, paling utama adalah kandungan alkohol sama ada isopropyl alcohol atau ethanol dan peratusan yang sesuai untuk membunuh kuman antara 70 hingga 75 peratus.
Selain itu, katanya, pengguna perlu memastikan tiada kandungan yang berbahaya seperti triclosan, paraben dan bahan kimia lain iaitu ejen kanser atau gangguan terhadap hormon manusia.
Kredit foto: FB page Okay Kah Tawau
Kredit foto: FB page Kredit foto: Okay Kah Tawau
“Sekiranya kulit sensitif, lebih baik memilih produk cecair berbentuk gel yang juga mengandungi aloe vera, glicerin serta vitamin E yang baik untuk menjaga kelembapan kulit.
“Namun apa yang lebih penting produk dihasilkan dari pengeluar yang mendapat pengiktirafan atau yang mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya sebagai dipetik oleh media tempatan.
Kita meneruskan kelangsungan hidup dengan gaya norma baharu hari ini.
Kawalan kendiri sudah menjadi agenda utama untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan persekitaran yang sihat dan terhindar daripada gejala COVID-19.
Tiada hand sanitizer bukan masalah. Guna sabun itu yang sebaik-baiknya untuk mencuci tangan. : KitaReporters