Kitar semula! Bina rumah guna plastik botol minuman terpakai
Published byMELIHAT botol minuman plastik merupakan perkara biasa yang dilihat setiap hari kan? Tapi siapa sangka botol minuman itu boleh digunakan untuk membina sebuah rumah. Pelik kan? Tapi itulah kebenaran.
Perkara itu dibuktikan oleh seorang pencinta alam
sekitar dari Kanada, Robert Bezeau yang berjaya membina sebuah rumah hasil
daripada kitar semula botol minuman terpakai di bandar Isla Colon Bocas del
Toro, Panama, baru-baru ini. : KitaReporters
ROBERT BEZEAU bangga dapat menyiapkan rumah yang dibina menggunakan botol minuman air terpakai. - Kredit foto: World-architects.com
Lagi cerita-cerita mengenai alam sekitar:
https://kitareporters.com/search?search=alam+sekitar
Rumah yang dibina berkenaan dihasilkan daripada 40,000 botol minuman terpakai yang dikumpulkan.
Wow!!! Banyak tu manalah dia dapat semua tu.
ASAS utama yang dibina bagi meletakkan botol minuman terpakai sebelum dilapisi simen. - Kredit foto: Peekmee.com
Memetik laporan peekme.cc, 40,000 botol minuman
terpakai dijadikan sebagai bahan utama dalam pembinaan rumahnya.
Menurut Bezeau, kediaman berkenaan dibina dengan
menggunakan bingkai utama dan meletakkan botol-botol minuman terpakai dalam
bingkai berkenaan yang dibina dengan menggunakan besi dan keluli sebelum
dilapisi dengan simen konkrit.
RUANG dalam kelihatan cantik dengan pemandangan yang dpenuhi dengan botol minuman terpakai.
Menurutnya pada awal pembinaan, rumah yang mengambil
masa selama dua tahun dibina itu kelihatan tidak menarik seolah-olah tempat
pengumpulan bahan terpakai.
Namun selepas siap dibina ia menghasilkan kerja tangan
yang sangat mengagumkan!.
Wow! Cantiknya.
PEMANDANGAN dalam yang kelihatan unik dengan menggunakan boto, minuman terpakai .
Menariknya, kediaman berkenaan menjadi sejuk secara
semula jadi.
Istimewanya, suhu di dalam rumahnya adalah 17 Celsius
menyerupai berada dalam bilik berhawa dingin.
Jadi, jangan risau dengan bahang apabila berada di
rumah kerana walaupun tanpa pendingin hawa suasana rumah ini tetap sejuk jika
masuk ke dalam rumah ini!
Ini baru sejuk yang asli!
Bezeau berkata, pembinaan rumahnya itu bukan sahaja
membuktikan bahan-bahan terbuang itu boleh ‘diselamatkan’ menerusi kitar
semula.
PEMANDANGAN luar yang menampakkan keseluruhan rumah yang dibina oleh pencinta alam sekitar yang mengambil masa selama dua tahun.
“Ini semua
memerlukan kreativiti dan tidak memerlukan kos yang mahal," ujarnya penuh
bangga.
Melihat keadaan di dalam rumah yang dilitupi dengan
botol plastik pasti memberi sebuah pengalaman baru yang menyeronokkan.
Dengan terbinanya rumah ini Bezeau berharap dapat menyedarkan masyarakat bahawa botol plastik
sebenarnya boleh dijadikan bahan binaan.
Terbaiklah Bezeau!! - KitaReporters