SEORANG pemuda tidak menyangka menerima durian runtuh selepas buku terpakai yang dibeli kira-kira lapan tahun lalu mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah £16,000 pound (RM85,000) dalam lelongan amal di London baru-baru ini. Memetik laporan The Guardian, pemuda berkenaan, Andy Hewson membeli buku klasik terpakai, The Hobbit di sebuah kedai buku amal berhampiran pejabatnya dengan harga £1 pound (RM5). : KitaReporters

EDISI pertama hanya dicetak sebanyak 1,500 untuk jualan di seluruh dunia. - Kredit foto: bbc.com


EDISI pertama buku The Hobbit yang diterbitkan pada tahun 1937 yang dibeli pada harga £1 di sebuah kedai buku amal di London, lapan tahun dahulu. 


Namun selepas hampir lapan tahun berada di bawah penjagaannya, buku klasik tersebut berjaya dibida dengan harga yang sukar dipercayai. 

Kalau dah rezeki tidak pernah salah alamat!

Katanya buku The Hobbit keluaran pertama karya pengarang J.R.R Tolkien itu dibeli di sebuah kedai buku amal untuk perlindungan haiwan, berhampiran pejabatnya pada tahun 2012.

“Semasa waktu rehat saya mengunjungi kedai berhampiran pejabat semata-mata mahu menghabiskan waktu rehat.

“Ketika itu saya terjumpa buku klasik tersebut namun melihat harganya yang terlalu murah menyebabkan saya teruja untuk memiliki buat kali kedua,” ujarnya kepada The Guardian. 

BUKU The Hobbit yang berada dalam simpanan Andy Hewson selama lapan tahun.


Katanya lagi, dia sebelum ini pernah memiliki buku berkenaan, namun hilang dalam simpanannya.

Malah selepas membeli dia tidak terus menghabiskan bacaan tersebut sebaliknya mengambil masa berbulan-bulan untuk menghabiskan isi kandungannya.

Katanya, buku berkenaan disimpan di pejabatnya sebagai koleksi bahan bacaan di waktu senggang.

KOLEKSI buku-buku The Hobbit yang menjadi kegilaan pembaca sejak dahulu lagi. - Kredit foto: Tolkien Library


Namun pada suatu hari, rakan sepejabatnya datang melepak di ruang pejabatnya dan menegur buku berkenaan kerana dilihat dalam keadaan terlalu usang.

Malah rakannya turut memberi cadangan supaya dia membuat penilaian di Internet mengenai  buku klasik yang dimilikinya itu.

Teruja mendengar cadangan berkenaan, Hewson terus mencari maklumat mengenai buku edisi pertama yang diterbitkan pada tahun 1937 tersebut.

Lebih mengujakan, Hewson berkata buku edisi pertama itu hanya dicetak sebanyak 1,500 untuk jualan di seluruh dunia.

Wow!!! Ini koleksi berharga.

ANDY HEWSON tidak menyangka menerima keuntungan di luar jangkaan hasil lelongan buku terpakai sebanyak £16,000 (RM85,600).


Menyedari buku berkenaan merupakan koleksi berharga dia terus menyimpan dengan baik sebelum membuat keputusan menyertai lelongan amal.

“Saya bayangkan buku ini berjaya dilelong dengan harga £500 pound (RM2,700) lagipun saya membelinya dengan harga yang sangat murah,” ujarnya penuh teruja.

Namun siapa sangka buku tersebut yang dimulakan dengan nilai £3,000 (RM16,000) mendapat permintaan yang tinggi.

Lebih mengejutkan dia berjaya menerima bidaan terakhir mencecah nilai £16,000 (RM85,600).

Rezeki terpijak namanya!!!

Malah wang yang diterima hasil lelongan berkenaan digunakan untuk membayar pendahuluan untuk membeli rumah selain mengadakan pameran fotografi yang diimpikan sebelum ini.

Siapa sangka hobi membaca buku akhirnya mampu mengubah dirinya menjadi orang kaya dalam sekelip mata.

 Tahniah orang muda!!! -KitaReporters

 

0
6
0
0
0

Copy Link: