APABILA kita berbicara soal Covid-19 yang masih melanda di seluruh dunia tanpa mengenal siapa sahaja akan menjadi mangsa virus itu ia secara tidak langsung mengambarkan betapa bahayanya penyakit itu. Di Malaysia pula, sehingga Khamis, 5 November 2020 telah merekodkan jumlah kematian 277 kes di Malaysia dengan membabitkan kes positif 36,434 orang ternyata bahawa Covid-19 sukar dibendung seperti di negara-negara lain. : KitaReporters




Lagi cerita-cerita berkaitan Covid-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Tetapi di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap penyakit itu, sejumlah 338 Pegawai Perubatan dan Jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan yang sanggup berkorban apa saja demi keselamatan rakyat di negara ini. 

Mereka daripada JKN Kelantan yang paling ramai berbanding JKN negeri-negeri lain yang menawarkan diri untuk bertugas merawat pesakit di tiga negeri zon merah meliputi Kedah, Selangor dan Sabah secara berperingkat-peringkat sejak September 2020 lalu.


ADILA Hamiun menerima sumbangan daripada Dr. Zaini Hussin di Wisma Persekutuan Kota Bahru, Kelantan pada 4 November 2020. - Kredit foto: Sinar Harian 


Pada hari ini, Khamis  5 November 2020 kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, empat orang lagi jururawat dari JKN Kelantan telah berlepas ke Labuan, Sabah bagi menyempurnakan tugasan mereka di situ atas kerelaan hati masing-masing.  

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata semua pegawai perubatan serta jururawat yang dihantar bertugas di zon merah di negeri terbabit ialah atas kesedaran serta tanggungjawab mereka semata-mata untuk rakyat di negara ini.

Menurutnya, kakitangan yang dihantar itu terdiri daripada mereka yang  tidak mempunyai penyakit kronik bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas di zon merah akibat penularan pandemik koronavirus Covid-19 dengan sempurna.


JURURAWAT yang akan bertugas di Labuan, Sabah (dari kiri) Suzana Yusof, Nik Azreen Othman, Adila Hamiun dan Norhalawati Che Sulaiman. - Kredit foto: Sinar Harian


DATUK DR. ZAINI ISMAIL


Beliau menyatakan demikian di Majlis Kesyukuran sempena empat jururawat dari JKN Kelantan yang akan bertugas di Labuan, Sabah di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan, semalam Rabu, 4 November 2020. 

Jururawat berkenaan ialah Suzana Yusof, 45, dan Nik Azreen Othman, 33, masing-masing dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru dan dua lagi jururawat dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai iaitu Norhalawati Che Sulaiman, 42, dan Adila Hamiun, 25,.




Dalam hal berkaitan, Dr. Zaini berkata pihaknya tidak dapat mempastikan berapa orang pegawai dan jururawat lagi yang akan dihantar bertugas di kawasan itu pada masa akan datang. 

``Tetapi jika kawasan zon merah di negeri terbabit semakin berterusan, JKN Kelantan akan berbuat demikian untuk menghantar para petugas barisan hadapan itu,’’ katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: