KHABAR angin merebak bahawa sinar matahari dapat membunuh virus Covid-19 daripada berjangkit telah mendorong ramai warga bandar raya utama di Indonesia untuk melepak di tempat-tempat dedahan matahari bagi berjemur dan berendam peluh di bawah cahaya panas itu. : KitaReporters

Jom kita berjemur. - Kredit foto: AFP


Agensi berita Says.com melaporkan dengan hanya memakai sarung, seluar pendek dan sekadar gaun di rumah, rata-rata warga Indonesia ini dilihat mahu mendedahkan sebanyak mungkin bahagian tubuh mereka kepada panas matahari walaupun perbuatan berjemur macam satu sindiran tajam bagi orang Asia terhadap orang-orang yang suka berlagak macam kaya dan tiru orang Eropah yang `bodoh` keraa suka berjemur ketika bersantai di pantai.

Agence France-Presse yang dipetik oleh South China Morning Post mencatatkan tentang sesetengah persepsi orang Asia yang memiliki kulit warna perang serta hitam dianggap `hodoh` dan dari  kelas bawahan berbanding kulit putih yang cantik dan menjadi sanjungan. 

Warga Asia selalu dianggap bertuah jika bertemu jodoh dengan orang kulit putih. Produk memutih kulit juga antara yang terlaris di benua Asia.

Mengikut laporan berita AFP, anggota polis dan tentera juga tidak mahu melepaskan peluang untuk  turut sama `berendam dalam peluh di bawah cahaya matahari`, manakala warga di bandar-bandar utama pula memilih berjemur di kawasan lapang untuk mendapat sinaran panas tanpa gangguan,

Sehingga kini di Indonesia, Covid-19 sudah menjangkiti hampir 12,000 orang dan membunuh lebih 850 orang sehingga 4 Mei 2020 lalu menyebabkan penduduk tempatan bimbang dan melakukan apa saja tindakan untuk menghalang wabak berkenaan merebak.

Sebelum ini, akhbar The Jakarta Post melaporkan virus itu telah merebak di 34 wilayah di seluruh Indonesia.

Image from AFP/CNA

Anggota polis pun turut berjemur. - Kredit foto: AFP/CNA


Akhbar itu melaporkan warga negara itu mula terpengaruh dengan khabar angin bahawa pancaran terik matahari dan vitamin D itu yang dihasilkan oleh badan kita mampu meningkatkan sistem antibodi.

South China Morning Post berkata sebelum ini ada khabar angin yang memetik pegawai kanan di Amerika Syarikat mendakwa ada kajian yang mendakwa sinaran matahari dikatakan boleh membunuh virus.

Dan belum pun kajian itu diterbitkan, penduduk tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba kaedah berjemur dengan cara melepak di kawasan beranda rumah  terbuka, padang dan atas rel kereta api. 

"Sebelum ini saya selalu elakkan sinar matahari sebab takut hitam. 

"Saya berharaplah berjemur ini dapat menguatkan sistem ketahanan badan," kata seorang suri rumah, Theresia Rikke Astria, 27, di Yogyakarta.  

Seorang lagi wanita yang enggan nama disebut memberitahu dia berjemur setiap hari sejak wabak itu muncul dan selepas mandi, dia berasa lebih sihat.

Lebih lucu apabila wartawan Jakarta Globe melaporkan melihat seorang ibu tua menjerit: "Mati kau virus, pergi jauh-jauh korona," ketika dia melakukan senanam ringan di depan rumahnya.

Image from Jakarta Globe

Mencari usaha murah untuk melindungi diri dari sinaran matahari. - Kredit foto: Jakarta Globe


Sementara itu, Dr Dirga Sakti Rambe dari Hospital Pulomas OMNI memberitahu "mendedahkan tubuh pada pancaran terik matahari sangat baik untuk mendapat Vitamin D, tetapi tidak mampu mencegah penyakit itu."

Katanya mendedahkan diri selama 15 minit kepada pancaran matahari pagi sangat bagus untuk orang ranai yang sekarang terkurung di rumah saja.

Doktor itu memberitahu sumber Vitamin D yang diperolehi daripada telor, ikan dan susu memerlukan pancaran matahari untuk memproses aktivitinya dan penting untuk mengekalkan sistem antibodi itu. 

Bagaimanapun, berjemur panas di bawah panas terik matahari tidak membunuh virus Covid-19.

Dalam pada itu, Kerajaan Indonesia tidak mahu mengulas perbuatan rakyatnya tetapi mengingatkan mereka yang suka berjemur berkemungkinan mendedahkan diri kepada penyakit berbahaya termasuk barah kulit.

Sehubungan itu, kerajaan negara itu meminta rakyatnya supaya memakai lotion perlindungan matahari. - KitaReporters

Image from Jakarta Globe

Berjemur sambil bertemu jiran. - Kredit foto: Jakarta Globe

0
1
0
0
0

Copy Link: