Berita Terkini| 120,000kg bawang merah dari India dirampas MAQIS! Tidak patuh permit import!
Published byBAWANG merah dari India yang dirampas oleh Maqis Selangor berikutan tidak mematuhi permit import.
TINDAKAN sebuah syarikat pemborong membawa masuk empat kontena bawang merah dari India tanpa mematuhi permit import bernilai RM150,000 akhirnya merugikan diri sendiri apabila Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas barangan tersebut dalam satu pemeriksaan di Pelabuhan Klang Utara, Pelabuh Klang, Selangor pada Jumaat, 21 Mei 2021.
Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata, bawang merah sebanyak 120,000 kilogram (kg) itu tiba ke negara ini pada 2 Mei 2021 lalu dan siasatan mendapati syarikat itu tidak mematuhi syarat yang dinyatakan dalam Permit Import MAQIS iaitu gagal mematuhi peraturan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).
“Bekalan bawang merah ini dipercayai untuk dibekalkan kepada pemborong di pasaran tempatan dan ini adalah kesalahan pertama syarikat tersebut,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia, pada Sabtu 22 Mei 2021.
Zamri
menjelaskan, pihaknya memandang serius dalam isu melibatkan keselamatan
makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam
kelestarian makanan negara.
“Kegagalan
mematuhi syarat import adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1),
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Katanya jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2), akta yang sama. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter