Tabik spring ATM! Sediakan tambahan 27 katil ICU! Hospital medan di Kepala Batas, Pulau Pinang
Published byKredit foto: Amir Amir Irsyad Omar
Kes COVID-19 ketika ini di Pulau Mutiara khususnya di Hospital Pulau Pinang begitu tinggi menyebabkan mereka kekurangan peralatan dan katil untuk mereka memerlukan rawatan susulan akibat COVID-19.
Oleh yang demikian, bagi memastikan keadaan terkawal, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendirikan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital medan di Hospital Kepala Batas yang beroperasi pada 25 Mei 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hospital medan
Kredit foto : Amir Amir Irsyad Omar
Biarpun tidak sebesar hospital namun dengan penambahan 27 katil ICU sedikit sebanyak mampu membantu keadaan ketika ini yang dihadapi kakitangan KKM di Pulau Pinang.
Kredit foto: FB Amir Amir Irsyad Omar
Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ada menerangkan bahawa Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Medan ATM ini mampu merawat pesakit kritikal COVID-19 yang memerlukan bantuan penafasan kerana dilengkapi dengan alat penafasan dan peralatan yang lain.
Bagi memastikan pesakit COVID-19 dapat rawatan yang terbaik, makmal modular dan unit radiologi modular juga didirikan untuk sokongan klinik nanti.
Kita berharap ICU hospital medan ATM ini mampu membantu KKM dan semoga kes COVID-19 di Pulau Pinang khususnya dan di Malaysia amnya akan turun dan kita akan kembali pulih seperti sedia kala. - KitaReporters
Kredit foto : Amir Amir Irsyad Omar