Berita Terkini| Urusan akad nikah ditangguh sepanjang lockdown di Johor! Pengantin kena bersabar
Published byJABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membuat keputusan menangguhkan urusan majlis akad nikah sepanjang tempoh sekatan penuh pergerakan (total lockdown) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Pengarahnya, Datuk Md Rofiki Shamsuddin, berkata
selain akad nikah, turut ditangguhkan ilah majlis resepsi atau walimatul urus dan
kursus praperkahwinan Islam secara bersemuka.
Perkhidmatan kaunter yang membabitkan permohonan
kebenaran berkahwin sama ada dalam bidang kuasa atau luar bidang kuasa,
pendaftaran cerai, pendaftaran rujuk, permohonan pendaftaran pengesahan
perkahwinan, poligami, pengambilan dokumen serta kad perakuan nikah, turut
ditangguhkan.
"Bagi masyarakat awam yang dijadualkan melalui
janji temu untuk melaksanakan urusan nikah, cerai dan rujuk di pejabat kadi
daerah, penjadualan semula urusan berkenaan akan dilaksanakan oleh pejabat kadi
berkaitan.
"Pemakluman perubahan tarikh ini akan
diselaraskan oleh kadi daerah.
"Oleh itu, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dalam tempoh ini dinasihatkan supaya bersabar dan memperbanyakkan ibadah berpuasa serta berzikir kepada Allah SWT," katanya dalam kenyataan, di Johor Bahru, pada Ahad, 30 mei 2021.
Bagaimanapun, beliau berkata, bagi perkhidmatan nikah,
cerai dan rujuk yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi sistem
Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) http://www.sppim.gov.my, ia masih
dilaksanakan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter