Kini lebih mudah untuk beralih! Pengguna BIP boleh pindah chat kumpulan, individual sekali gus!
Published byBERITA baik untuk pengguna BIP! Platform kehidupan dan komunikasi Turki yang selamat itu memperkenalkan ciri baharunya, yang membolehkan pengguna menghubungkan chat berkumpulan mereka dengan mudah daripada aplikasi-aplikasi lain.
Menjangkau 80 juta pengguna di seluruh dunia, BiP mengekalkan pelaburan inovatif dan memperkenalkan import chat berkumpulan yang membolehkan pengguna mengalihkan kumpulan chat sedia ada dan chat individu termasuk video dan gambar secara automatik dan secara sekali gus. Pengguna tidak diwajibkan untuk menambah setiap pengguna satu persatu secara manual seperti aplikasi lain kerana BiP akan mengendalikan import secara langsung dengan menambah semua peserta ke dalamnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peranti
Mengulas mengenai ciri terbaru BiP, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burak Akıncı, berkata: "Pendigitalan menjadi lumrah dengan pantas. Aplikasi pemesejan kini bukan lagi sekadar aplikasi pemesejan tetapi lebih kepada ekosistem kehidupan di mana melaluinya kita berkomunikasi, bekerja dan berurus niaga. Pengguna perlu berasa selamat dan terjamin dalam ekosistem tersebut.
"Dalam era di mana kita berada di bawah ancaman jenayah siber yang berterusan sebagai perniagaan dan individu, perlindungan dan persetujuan pengguna adalah amat penting. Etika dan keselamatan data adalah keutamaan bagi kami. Pengalaman peralihan yang terlindung dan lancar adalah simbol untuk dedikasi kami dalam CX (Consumer Experience/Pengalaman Pengguna) yang menyeluruh dan dipenuhi," katanya dalam satu kenyataan media dari Istanbul, Turki pada 18 Mei 2021.
Menggariskan kepentingan pasaran Malaysia, Akıncı berkata: "Hubungan luar biasa antara kedua-dua negara telah menjadi motivasi besar bagi kami sejak dari mula lagi. Dalam hanya beberapa bulan, kami telah mencapai lebih daripada 1 juta muat turun dengan kadar yang sangat tinggi seperti skor di pelbagai platform.
"Kami juga meneruskan kerjasama yang produktif dengan pengendali dan penyedia kandungan tempatan di pasaran Malaysia. Kami akan terus melabur dalam penyelesaian inovatif dan setempat untuk menjadikan kehidupan seharian rakyat Malaysia dan interaksi digital lebih mudah dan selamat."
Pemesejan dan panggilan video berkumpulan sehingga 10 orang dengan kualiti HD adalah ciri yang paling popular bagi pengguna di Malaysia. Trafik pemesejan bagi setiap pengguna pada bulan Mac 2021 menjadi 3 kali ganda daripada nilai pada bulan Januari 2021 untuk pengguna di Malaysia.
BIP menyediakan terjemahan segera dan pemesejan rahsia yang merupakan sebahagian daripada ciri-ciri penting lain yang menjadi keutamaan pengguna di Malaysia.
BiP segera menterjemahkan perkataan dan frasa bertulis dalam 106 bahasa, termasuk Bahasa Melayu. BiP telah menerima anugerah ‘Most Innovative Mobile App’ pada 2020 Global Mobile Awards di bawah ‘Connected Consumer Category’ dengan ciri terjemahan masa nyata terbina dalamnya.
Chat rahsia merupakan satu lagi ciri pilihan dalam pasaran Malaysia kerana ia membolehkan pengguna membuat chat hilang dari skrin dengan tempoh yang boleh mereka tetapkan. Chat rahsia ini mewujudkan rasa selamat dan privasi yang kukuh kepada penggunanya, tanpa data yang disokong oleh BiP atau dinyahsulitkan.
Di BiP, tiada data dikongsi dengan pihak ketiga, dan semua data disimpan di bawah pusat data berteknologi tinggi di Turki. Tiada caj yang dikenakan kepada pengguna, dan semuanya dikendalikan dengan persetujuan mereka sahaja.
Menurut kenyataan itu, beroperasi di 192 negara, BiP menawarkan panggilan video kumpulan berkualiti HD sehingga 10 orang peserta dengan ciri pemesejan segera dan panggilan suara. Membolehkan sehingga 1,000 pengguna dalam chat berkumpulan, BiP juga membolehkan pintasan untuk pengguna atau kumpulan yang kerap berhubung di skrin utama.
Baru-baru ini, BiP juga telah mengumumkan ciri-ciri unggul seperti mod gelap dan menu peribadi. Aplikasi ini menjadikan pemformatan teks lancar dengan ciri-ciri terbaharu ini yang membolehkan pengguna memperjelas lagi perkataan mereka dengan huruf tebal, italik, garis lorek atau garis bawah selain arkib chat.
Memberi perhatian yang sebenar kepada penyetempatan, BiP juga telah memperkenalkan Saluran Ramadan dan Kriketnya di pasaran Malaysia. Sepanjang bulan Ramadan 2021 lalu, pengguna BiP boleh mengetahui waktu berbuka dan imsak berasaskan lokasi, menu alternatif dan resipi makanan dan santapan rohani melalui saluran Ramadan yang direka secara eksklusif.
Saluran kriket adalah satu lagi medium tempatan yang diwujudkan untuk mendapatkan skor langsung, maklumat pasukan, berita terkini, dan penilaian mengenai kriket.
Untuk mengakses versi terbaru BiP di GooglePlay AppStore, GooglePlay dan Huawei AppGallery, sila layari https://play.google.com/store/apps/details?id=com.turkcell.bip - KitaReporters