Berita Terkini| Solat Aidilfitiri dibenarkan kecuali di PKPD! SOP ditetapkan pihak agama negeri
Published bySOLAT sunat Aidilfitri tahun ini dibenarkan di seluruh negeri kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, kebenaran itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan
Negara (MKN) yang bersidang bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
selain mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kebenaran tu bagaimanapun tertakluk kepada prosedur
operasi standard (SOP) solat hari raya yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri
masing-masing.
"Amalan ziarah di kawasan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pula hanya dibenarkan pada 1 Syawal, manakala kawasan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) dibenarkan sehingga 3 Syawal.
"Namun bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk
amalan ziarah sehingga tamat tempoh," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Selasa, 4 Mei 2021.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, jumlah pengunjung
bagi ziarah tidak boleh melebihi 15 orang untuk kawasan PKP, manakala tidak
melebihi 20 orang bagi kawasan PKPB dan 25 orang bagi kawasan PKPP pada
satu-satu masa.
Katanya, jumlah tetamu itu juga tertakluk kepada saiz
kediaman.
Sementara itu, keputusan kerajaan juga memutuskan untuk tidak
membenarkan penganjuran rumah terbuka di seluruh negara dan takbir dari rumah
ke rumah.
Turut dilarang adalah amalan menziarahi kubur di
kawasan PKP dan PKPD.
Namun kunjungan selama 30 minit bagi individu tidak melebihi enam orang bagi setiap lot kubur dibenarkan kawasan PKPB dan PKPP. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter