Video| Buyen yang bijak! Aksi buat coco crunch mengagumkan! Sarapan cara orang putih jadi pilihan!

Published by
KitaReporters


Sebut sahaja nama Oyen, pasti tiada lain selain kucing berwarna oren yang sering menarik perhatian ramai dengan tingkah lakunya yang luar biasa. Tak kisah kucing kampung, bandar atau kacukan, asalkan berwarna oren pasti perangai dan gelarannya hampir sama.

Bayangkan, Zoo Negara Malaysia menjadi terkenal seantero dunia kerana seekor kucing bernama Oyen yang menjadikan capybara sebagai teman dan keluarga. Hebat tak hebatnya penangan seekor kucing berwarna oren. Ibaratnya, bukan Oyen kalau tak menarik perhatian dengan aksinya yang pelik.


Kelihatan Buyen sedang mengais makanan masuk ke dalam bekas berisi susu.


Kebanyakan kucing berwarna oren akan dipanggil Oyen, Toyen, Buyen dan semirip dengannya oleh tuannya. Nama itu sebati dalam kalangan pencinta haiwan di Malaysia. 

Dalam satu klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama Wennny, seolah-olah membuktikan kucing berwarna oren memang gemar melakukan perkara pelik dan lain daripada kucing berwarna lain.

Video yang mendapat perhatian para netizen ini, menunjukkan seekor kucing berwarna oren yang diberi nama Buyen. Apa yang menariknya, si Buyen gemar membuat makanannya sendiri. 

Menurut Wenny, setiap kali waktu makan, dia akan meletakkan makanan (jenis kering) kucing berserta dengan susu.



Namun, yang menariknya si Buyen gemar mengolah makanan tersebut menjadi seperti sarapan orang putih iaitu coco crunch. Si Buyen dilihat akan mengais makanan yang disediakan masuk ke dalam bekas yang berisi susu dan kemudiannya baru memakannya dengan penuh selera. Pelik bukan? Tetapi itulah kenyataannya.

“Apabila mak kau buatkan susu sahaja tanpa coco crunch. Maka dengan itu si Buyen terlebih kreatif,” tulisnya.



Rata-rata netizen terhibur dengan aksi bijak si Buyen.

Ada juga yang berpendapat mungkin makanan yang diberikan terlalu keras. Manakala teori daripada seorang netizen yang mengatakan bahawa Buyen tidak mempunyai gigi, menyebabkan ia bertindak sedemikian. 

Mungkin teori tersebut betul, menyebabkan Wenny memeriksa keadaan gigi si Buyen dan mendapati ada beberapa batang giginya telah tiada.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah benar kerana tiada gigi menyebabkan si Buyen bertindak mengais makanannya masuk ke dalam susu? Kalau dilihat, Buyen akan memakan makanan yang terendam susu itu setelah makanan tersebut menjadi lembut. 

Alahai bijaknya si Buyen ni. - KitaReporters


12
12
0
11
0

Copy Link: