Berita Terkini| PKP 3.0: Moratorium tak dilaksanakan - BNM! Tapi bank tawar bantuan pembayaran!
Published byNor Shamsiah berkata bank akan terus menawarkan pelbagai bantuan pembayaran balik. - Kredit foto: Astro Awani.
MORATORIUM menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga (PKP 3.0) bermula Rabu, 12 Mei 2021.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah
Mohd Yunus, berkata bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan
bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan
pergerakan terkini itu.
"Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.
Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya yang dipetik oleh Berita Harian, 11 Mei 2021.
Nor Shamsiah berkata, walaupun PKP 3.0 diperluaskan ke seluruh negara, namun hampir semua sektor ekonomi masih beroperasi berbanding PKP 1.0 tahun lalu, sekali gus hanya segelintir peminjam memerlukan sokongan susulan berikutan sekatan pergerakan itu.
"Bank akan terus menawarkan pelbagai bantuan pembayaran balik. Ia akan diteruskan untuk segelintir pelanggan yang memerlukan bantuan susulan pelaksanaan PKP 3.0.
"Malah, semua bank juga sudah menawarkan pelan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium pinjaman yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan kerja atau terjejas dengan pengurangan pendapatan," katanya.
Beliau berkata, peminjam turut boleh menghubungi pelbagai saluran yang disediakan termasuk BNM Telelink dan AKPK, jika memerlukan tawaran bantuan yang lebih meluas.
Katanya, sehingga 21 Mac 2021, bank sudah membantu 1.6 juta permohonan bagi mendapatkan bantuan pembayaran balik dengan kadar kelulusan 95 peratus.
"BNM dan AKPK juga sudah menyokong 47,000 peminjam bagi membantu dari sudut obligasi hutang mereka dan susulan dengan bank yang memberi pinjaman. Kami akan terus membantu peminjam bagi menghadapi tempoh mencabar ini. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
SEHINGGA 21 Mac 2021, bank sudah membantu 1.6 juta permohonan bagi mendapatkan bantuan pembayaran balik dengan kadar kelulusan 95 peratus.