JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyediakan enam hospital dan 20 Pusat Pemberian Pemberian Vaksin (PPV) milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemberian dos penggalak kepada kakitangan jabatan tersebut di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kira-kira 13,000 petugas barisan hadapan kesihatan mula menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.

Pemberian berkenaan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula hari ini, Ahad, 17 Oktober 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dos penggalak

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Kasemani Embong menjelaskan pemberian dos penggalak kepada petugas jabatan berkenaan adalah secara sukarela.


Katanya, suntikan dos penggalak hanya akan diberikan kepada mereka yang sudah melepasi tempoh sekurang-kurang enam bulan daripada tarikh penerimaan dos kedua.

Katanya, pemberian dos penggalak kepada petugas barisan hadapan dan warga emas berusia 60 tahun ke atas, akan juga diberikan di PPV swasta, tidak lama lagi.

Dr Kasemani berkata, pemberian dos penggalak kepada petugas jabatan berkenaan adalah secara sukarela.

“Paling penting ialah mereka telah melepasi tempoh enam bulan selepas dos kedua,” katanya.


Pemberian suntikan dos penggalak itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula  Ahad, 17 Oktober 2021. 


Sebelum ini, KKM memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 keluaran Pfizer jenis Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty).

Kementerian berkenaan akan turut memberikan dos penggalak kepada kelompok-kelompok lain selain warga emas dan barisan hadapan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata perkara demikian akan dimaklumkan selepas program itu dimulakan kepada warga emas dan barisan hadapan.

"Kami sudah memulakan program dos penggalak vaksin COVID-19, bermula dengan warga emas dan barisan hadapan," jelasnya.

KKM mengumumkan pemberian suntikan pelalian membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lalu. Dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kelompok penerima pertama secara percuma dan sukarela. - KitaReporters


15
12
2
9
1

Copy Link: