Video| Hujan air batu, angin kencang selama 30 minit! Akibatnya pokok tumbang, atap rumah rosak!

Published by
KitaReporters

HUJAN air batu di Surabaya, Jawa Timur pada 21 Februari 2022. - kredit foto: Kompas.com


BEBERAPA wilayah di Kota Surabaya, Jawa Timur dilanda hujan air batu serta angin kencang selama 30 minit dalam kejadian yang berlaku pukul 3.10 petang 21 Februari 2022 lalu.

Turut dilanda hujan air batu sebesar guli itu yang dikatakan pertama kali berlaku ialah di Wilayah Wiyung, Lakarsantri, Tandes, Karangpilang, Dukuh Pakis dan Sawahan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan air batu

kredit foto :CCN Indonesia



Kejadian hujan air batu itu bermula dari hujan lebat disertai dengan angin kencang dan ribut yang melanda di wilayah berkenaan terjadi dengan sekelip mata.

Seorang warga dari Wiyung, Kusnan Hadi berkata, awalnya hujan turun dengan lebat di kawasan rumahnya dan beberapa saat kemudian dia terdengar bunyi bising di atas atap rumahnya.

“Saya kira hujan biasa sahaja yang turun tetapi saya terdengar bunyi bising seolah-olah ada batu kecil yang jatuh di atas atap rumah saya.

“Setelah saya keluar dari rumah, saya amat terkejut kerana melihat hujan air batu berselerak di depan rumah,” katanya seperti dipetik laporan Republika.co.id pada 21 Februari 2022.


HUJAN air batu di Surabaya. - Kredit foto Jatimnow.com


Akibat fenomena hujan air batu tersebut yang agak luar biasa, ramai warga mengalami kerosakan atap rumah.

“Saya juga diberitahu oleh jiran tetangga terdapat beberapa buah rumah yang mengalami kerosakan atap,” katanya. 

Hal yang sama turut dialami beberapa warga di Surabaya yang mengatakan hujan air batu itu berlaku di daerah dan mereka menyifatkan baru pertama kali terjadi di Surabaya.

“Tak hanya itu, fenomena hujan air batu yang berlaku secara tiba-tiba dengan angin kencang menyebabkan pokok tumbang di merata tempat,” kata Samuel, seorang warga Surabaya.


kredit foto : Bogor.com


 kredit foto : Kompas.com


Sementara itu, jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Surabaya berkata, kejadian tersebut adalah berpunca awan Cumulonimbus  iaitu sejenis awan yang bercampur dengan badai guntur dan hujan lebat.

Ia juga dikenal sebagai petir yang menghasilkan kilat.

Menurutnya, walapun sedemikian tetapi tidak semua awan Cumulonimbus mengeluarkan hujan air batu kerana  ia bergantung kepada pembentukan dan pertumbuhan awan tersebut.

“Biasanya awan yang mengeluarkan hujan air batu berbentuk berlapis-lapis serta ia mempunyai batas tepi berwarna abu-abu dan apabila ia menjulang tinggi berubah menjadi warna hitam,” katanya.

Hujan air batu, kata jurucakap itu, ia terjadi di kawasan tertentu sepanjang (keluasan)  lima hingga 10 kilometer dalam masa 10 minit ataupun  20 minit. - KitaReporters


 

KEADAAN jalan raya ketika berlaku hujan air batu di beberapa wilayah di Surabaya. - kredit foto: HalloJatim


 

10
11
0
10
0

Copy Link: