Berita Terkini| Fasa 1 PPN: Firma guaman, pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi! MKN tukar status
Published byPERKHIDMATAN berkaitan dengan firma guaman, pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa berkuat kuasa hari ini, Selasa 29 Jun 2021 selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Terdahulu, MKN telah menukar status sektor guaman
dan pesuruhjaya sumpah sebagai perkhidmatan penting sepanjang pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Majlis Peguam memaklumkan pihaknya telah menerima
semakan semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh bahagian
Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Setiausaha Agung Majlis Peguam, Shahareen Begum
berkata, SOP yang telah dikemaskini telah mengesahkan firma berkaitan
undang-undang tanpa mengira bidang amalan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
“Untuk makluman, panduan MKN yang dikemas kini pada 28 Jun (2021) menunjukkan firma guaman dan pesuruhjaya sumpah boleh beroperasi seperti biasa.
“Tetapi bersyarat antaranya dengan kehadiran
kakitangan dan pengurusan sehingga 60 peratus selain pematuhan SOP ketat,”katanya
dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa, 29 Jun 2021.
Namun pada masa sama kebenaran beroperasi perlu
diperolehi melalui Covid-19 Intelligent Management System atau Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0.
CIMS 3.0 dikendalikan di bawah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
MKN telah menukar status sektor guaman dan pesuruhjaya sumpah sebagai perkhidmatan penting sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. kredit Foto freemalaysiatoday.com