Hari Jantung Sedunia 2022: Merokok punca utama sakit jantung! Anda dah buat pemeriksaan kesihatan!
Published byTahukah anda tabiat merokok merupakan punca nombor satu yang menyebabkan penyakit jantung.
Kajian perubatan mendapati kandungan bahan kimia seperti nikotin dan karbon monoksida (daripada asap rokok) boleh meningkatkan darah beku dalam arteri sekali gus menghalang darah sampai ke jantung.
Natijahnya, seseorang individu (perokok) akan mudah dihinggapi penyakit jantung disebabkan pembentukan plak pada dinding arteri atau dikenali sebagai aterosklerosis.
Lagi cerita-cerita kesihatan berkaitan sakit atau penyakit jantung
Sambutan Hari Jantung Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Perak. - Kredit foto: FB Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Persoalannya, berapa ramai kalangan rakyat Malaysia ambil peduli melakukan pemeriksaan atau saringan kesihatan mereka sekurang-kurangnya setahun sekali.
Paling menyedihkan, ada segelintir individu langsung tidak
melakukan pemeriksaan kesihatan (medical check-up) sehinggalah mereka tiba-tiba
rebah dan meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung.
Statistik Kementerian Kesihatan tahun 2020, melaporkan secara purata 50 orang meninggal dunia akibat
serangan jantung setiap hari.
Pada tahun 2019 , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan 18.6 juta kematian disebabkan penyakit jantung di seluruh dunia.
Sesi konsultasi dan kaunseling pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh petugas-petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah LMS di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak. - Kredit foto: FB Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Pada 24 September 2022 lalu, Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Selama (LMS) telah mengadakan program Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR) bersempena Hari Jantung Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Perak.
Hari Jantung Sedunia diadakan pada 29 September setiap tahun di seuruh dunia.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Perak, Mohd Akmal Kamaruddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama.
CERIA jelas terpampang pada wajah para pemenang pertandingan Explorace Agensi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.
Pelbagai acara menarik telah disediakan dan antaranya ialah Konsultasi dan Kaunseling Berhenti Merokok, Saringan Kesihatan, Senamrobik, Explorace Agensi, Tarik Tali Antara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Pameran Kempen Kesihatan, Permainan Interaktif dan Pertandingan Snek Sihat.
Turut hadir Pegawai Daerah LMS, Mohd Nasrul Menhat sebagai tetamu jemputan. - KitaReporters
Mohd Akmal Kamaruddin (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sambutan Hari Jantung Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di Taiping, Perak. - Kredit foto: FB Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Sumber:
FB: Perak Bebas Asap Rokok (Perbar)
FB: Pejabat Tanah Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.