22 April ialah Hari Bumi! Pelbagai program, dokumentari tempatan dan antarabangsa ditayang di Astro!

Published by
KitaReporters


Sempena meraikan Hari Bumi (yang diraikan pada setiap 22 April), Astro memainkan peranannya sebagai Suara untuk Kebaikan (Voice for Good) dengan memaparkan dokumentari-dokumentari tempatan dan antarabangsa berkaitan alam semula jadi menerusi pautan khas Love Earth, di TV, Astro GO dan On Demand.  

Tayangan perdana program-program, termasuk: 

+ Frozen Planet II: Making of, untuk sebuah kisah di sebalik tabir dengan pendedahan khas kawasan beku yang paling diingati, pada 22 April, 9 malam di BBC Earth (Saluran 554).

+ Dokumentari terubu karang Ningaloo: Australia’s Ocean Wonder, diceritakan oleh Tim Winton, penulis Australia yang pergi ke sebuah kawasan liar di pantai Ningaloo, pada 22 April, 1.10 tengah hari, di Love Nature (Saluran 550). 



Pelanggan juga boleh strim pelbagai rancangan menarik tentang sokongan dan kesedaran tentang perubahan iklim di Astro Awani, pada bila-bila masa, di mana jua, melalui On Demand dan Astro GO, termasuk: 

+ Program bual bicara, Is Climate Emergency Real?, pengenalan kepada perubahan iklim dan ulasan oleh pakar serta rakaman berita sebenar. 

+ Program hal ehwal semasa, Perubahan Iklim. Apa ‘Plan’ Menteri?, wawancara bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengenai rancangan Malaysia dalam menangani perubahan iklim.

+ Forum ekonomi, Lindung Planet, Lindung Sejagat, menampilkan Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang mengangkat suara dan idea Malaysia ke arah model ‘Regenative Economy’ dan kepentingan tentang kesihatan manusia dihubungkan dengan kesihatan planet. 

+ Program hal ehwal semasa, COP26: Komitmen Tangani Perubahan Iklim, perbincangan mengenai perubahan iklim dengan tumpuan kepada usaha mitigasi untuk mengurangkan pelepasan rumah hijau oleh pakar.

+ Program hal ehwal semasa, Langkah Segera Capai Keadilan Iklim, perbincangan mengenai perubahan iklim dan bencana alam daripada pakar. 

+ Perbincangan belia, No More Excuses for Climate Inaction, di mana Eqram Mustaqeem dari Delegasi Belia Malaysia dan Aidil Iman Aidid, dari Kolektif Iklim, berbincang tentang nilai suara belia berkaitan perubahan iklim. 

+ Program hal ehwal semasa, Malaysia’s Road to Net Zero Emissions, perbincangan tentang apa yang diperlukan untuk Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050 dari perspektif aktivis iklim dan perunding perubahan iklim. 

+ Laporan tinjauan, Kajian Keprihatinan Perubahan Iklim, mengenai pemahaman perubahan iklim dan dasar di Asia Tenggara. 




Dokumentari-dokumentari tersedia di On Demand dan Astro GO, termasuk: 

+ Siri penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar Eco Eye, Changing Planet, Where the Wild Men Are with Ben Fogle S9, No Poverty Land II – A Treasure Trove, dan banyak lagi. 

+ Siri hidupan liar unik, A Wild Year on Earth, Alaskan Summer, Over Austalia, Frozen Planet, Wild Metropolis, Wild China, Eden: Untamed Planet, The Land of Spirit, dan banyak lagi. 

+ Siri perubahan iklim dan dokumentari The World’s Deadliest Weather S5, Spectacular Earth, Earth’s Great Rivers, dan banyak lagi. 

Siri animasi alam sekitar Agent on the Environment dan siri kesedaran makanan alam sekitar Go Green USA. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
11
0
11
0

Copy Link: