MANDI laut sangat menyeronokkan, lagi menarik jika berkelah beramai-ramai, penat mandi-mandi sambung pula dengan aktiviti makan di tepi pokok...ouhhh nikmatnya. Tapi mandi di laut ni juga perlu ada pengetahuan, air yang tenang itu jangan disangka akan tenang selamanya, adakala bergeloranya boleh menyebabkan mudarat. : KitaReporters

BANTUAN pengawal keselamatatan laut tiba ke lokasi selepas menerima panggilan remaja yang meminta bantuan kecemasan selepas tersasar jauh di lautan. - Kredit foto: Mirror.co.uk.


Lagi cerita-cerita berkaitan United Kingdom:

https://kitareporters.com/search?search=united+kingdom


Perkara sama berlaku kepada seorang remaja Wales yang berdepan detik mendebarkan ketika bermain papan luncur di pantai Gwynedd berhampiran perairan North Wales, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Memetik laporan mirror.co.uk, remaja yang dikenali Alfie itu dikatakan bermain papan luncur bersendirian di perairan berkenaan.

Tanpa disedari remaja berusia 17 tahun itu tersasar ke tengah lautan

Namun dia bernasib baik, sebelum turun ke laut dia membawa telefon bimbit yang diletakkan di dalam bekas kalis air dan diletakkan di dalam bajunya. Nasib baik ada telefon!

ALFIE diberikan bantuan sebelum diterbangkan untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemui hampir lemas di tengah lautan.


Malah, dalam keadaan kecemasan itu Alfie sempat membuat panggilan kecemasan untuk meminta pertolongan kecemasan. Menerusi panggilan yang direkodkan, Alfie memberitahu dia tersasar jauh di lautan dan hampir lemas.

“Saya seperti 400 sekarang, 400 meter daripada pantai dan saya juga tak tahu di mana berada,” akui Alfie.

Ketika itu, Alfie juga panik dan suaranya tersekat-sekatnya, namun berjaya ditenteramkan oleh penyelamat yang menerima panggilan kecemasan berkenaan.

Malah, Alfie memberitahu dia hampir lemas ketika membuat panggilan kecemasan dalam keadaan suaranya tercungap-cungap.

DITERBANGKAN ke hospital berdekatan selepas mengalami trauma.


“Saya kini hampir lemas,” ujarnya dalam keadaan suara yang tercungap-cungap.

Pasukan pengawal pantai yang menerima panggilan berkenaan terus bergegas menjalankan operasi pencarian dan diiringi sebuah helikopter. Alfie akhirnya berjaya diselamatkan dan diterbangkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter.

Remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama. : KitaReporters

6
1
0
1
1

Copy Link: