Jarum berserta darah! Bapa Instafamous cilik dakwa kena sihir
Published byPERCAYA atau tidak, masih ada segelintir masyarakat Melayu melakukan perkara syirik dengan menghantar sihir kepada individu yang tidak disukainya. Tanpa mempedulikan dosa dan larangan agama, orang seperti ini sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan perasaan marah dan hasad dengkinya. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan pelik:
https://kitareporters.com/search?search=pelik
Apatah lagi pada zaman sosial media ini, gaya hidup seseorang itu mudah dilihat hanya dalam Instagram, Facebook, Twitter dan bermacam-macam lagi. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan ada pihak yang tidak puas hati dan dengki.
Namun apakan daya, bagi sesetengah individu media sosial adalah sumber pendapatan seperti golongan artis, selebriti dan Instafamous atau Youtuber. Mereka tidak dapat lari daripada menayangkan gaya hidup dalam media sosial demi meraih pendapatan.
Inilah yang berlaku ke atas seorang bapa kepada
Instafamous cilik. Menggunakan nama Fattahanas_boyyeah, Instagram milik anak
kecil itu mempunyai pengikut seramai lebih 1.2 juta.
Muhammad Fattah Anaz atau lebih dikenali sebagai
Anas mula mendapat perhatian pada 2018 apabila videonya dalam sangkar kucing
menjadi tular dalam media sosial.
Kecomelannya itu memikat hati netizen apatah lagi dengan kepetahannya bercakap walaupun baru berusia dua tahun ketika itu. Sejak itu, Instagram Anas yang diuruskan oleh bapanya, Mohamad Firdaus terus diikuti oleh orang ramai. Apatah lagi kini Anas sudah pun mempunyai adik perempuan bernama Fathia Aneesa.
Apa sahaja gelagat lucu dan comel Anas akan dimasukkan ke dalam Instagram. Malah, daripada situ juga mereka sekeluarga meraih pendapatan melalui pengiklanan dan review (ulasan) daripada pelanggan.
Kebahagiaan dan kesenangan yang mereka miliki, nampaknya mengundang rasa dengki dan iri hati sesetengah pihak yang tidak senang melihatnya.
Dalam hantaran terbaharu Instagram tersebut, bapa Anas iaitu Firdaus memuat naik beberapa keping gambar yang agak mengerikan. Antaranya ialah puluhan batang jarum berserta darah dipercayai sihir yang dikenakan ke atas dirinya.
“Allah Maha Kuasa.. Demi Allah... Yang baik-baik hanya untuk Dia. Yang hina itu saya. Ampunkan saya jika sakitkan hati kamu. Penat aku tanggung, penat aku bawa.
“Tutup penat ini dengan senyuman untuk orang lain. Hinanya lagi. Ya takpe, memang hina. Saya terima. Macam-macam dah kena. Sakit memang sakit. Habis? Banyak dah habis. Habis dah. Jadi cukuplah tu. Mohon, merayu demi Anas dan Aneesa.
“Kasihan Anas, kasihan Aneesa. Mereka kena tempias tu. Mereka nampak tempias ni. Kasihankanlah kat mereka. Takpe, ini kite rehat pejam mata. Sekejap lagi buka mata, kita senyum macam biasa. Tolong,” rayunya.
Inilah sikap dan masalah yang menimpa orang Melayu
sejak zaman nenek moyang dahulu. Tak puas hati atau dengki, terus hantar sihir
walaupun tahu perbuatan tersebut adalah syirik dan berdosa besar.
Tak sangka, tahun 2020 ini masih ada lagi yang sanggup melakukannya.
Bawalah bertaubat kerana sesungguhnya perbuatan mensyirikkan Allah SWT merupakan dosa paling besar yang tidak diampunkan kecuali taubat nasuhah. - KitaReporters