COVID-19: JKN Terengganu periksa 36,489 premis, keluarkan 1,469 kompaun bernilai RM1.46 juta!
Published byJABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berusaha keras untuk mengurangkan kes COVID-19 bagi memastikan kesihatan rakyat negeri ini sentiasa dalam keadaan terkawal sejak penularan wabak tersebut melanda negara awal 2020. Antara yang turut memberi tumpuan termasuklah kepada aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh anggota jabatan tersebut. : KitaReporters
Anggota Jabatan Kesihatan negeri Terengganu (JKNT) melakukan kerja-kerja sanitasi di Pejabat Daerah Besut.
Lagi laporan-laporan kesihatan berkaitan JKNT:
https://kitareporters.com/search?search=jknt
Dalam tempoh 7 Mei 2020 sehingga 16 Jan 2021, anggota penguat kuasa jabatan itu telah melakukan 36,489 pemeriksaan di pelbagai premis atau kawasan. Jumlah tersebut tidak termasuk pemeriksaan yang dijalankan oleh agensi lain.
Antara premis yang diperiksa adalah seperti pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, pasar awam, terminal pengangkutan, surau, masjid, rumah ibadat.
Operasi Pejabat Daerah Besut ditutup sehari pada Ahad, 17 Januari 2021 bagi kerja-kerja sanitasi oleh pihak berkuasa.
Menerusi pemeriksaan tersebut, sebanyak 1,469 kompaun telah dikeluarkan dengan nilaian sebanyak RM1.46 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,126 kompaun telah dibayar dengan nilai kutipan RM1.2 juta dalam tempoh sehingga 31 Disember 2020.
Menurut kenyataan menerusi Facebook rasmi JKNT pada 17 Januari 2020, aktiviti pemantauan terhadap SOP dijalankan ia juga turut membabitkan 15 agensi yang diberi kuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Rela, Angkatan Pertaahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan agensi-agensi berkaitan.
Jadi, tidak timbul isu anggota agensi terbabit tidak menjalankan tugas sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan COVID-19 di negeri itu. Malah, mereka menjalankan akvitivi pemantauan dan penguatkuasan setiap hari mulai perintah PKP 1.0 pada Mac 2020 sehingga sekarang.
Menurut catatan Facebook tersebut lagi, pasukan penguatkuasaan JKNT terdiri daripada 23 pasukan dengan kekuatan 73 orang di seluruh negeri Terengganu.
Selain daripada penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP, pegawai-pegawai JKNT ini juga membuat pemantauan dan penguatkuasaan lain seperti pengeluaran notis Arahan Pengawasan Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) ke atas Individu Bawah Pengawasan atau Person Under Suveillance (PUS) serta memantau dan melepaskan PUS daripada HSO apabila disahkan bebas daripada Covid-19.
Pegawai-pegawai ini juga diperlukan untuk membuat aktviti-aktiviti siasatan kes sekiranya berlaku peningkatan kes yang tinggi di sesuatu daerah.
Keadaan COVID-19 di Terengganu pada 17 Januari 2021
“Jadi bagi yang kata tak pernah
nampak aktiviti penguatkuasaan, kami nak nyatakan, anda tak pernah nampak bukan
bermaksud tindakan penguatkuasaan tidak dijalankan.
"Kami akui, dengan anggota yang terhad dan perlu menjalankan aktiviti multitasking, tidak semua premis boleh diperiksa setiap hari,” tambah kenyataan tersebut
Di sinilah peranan masyarakat diperlukan melalui aktiviti komuniti bukan bermaksud pandai kritik sahaja, ia bermaksud pihak komuniti sendiri bersama-sama bantu mencegah penularan jangkitan.
Tambah kenyataan itu, yang bijak pandai dalam komuniti boleh gerakan komuniti dengan cara memberi kesedaran dan sebagainya. Penguatkuasaan adalah langkah terakhir di dalam sesuatu arahan, peraturan dan undang-undang.
“Apa yang penting adalah kesedaran, perubahan minda dan sikap setiap anggota masyarakat kita. Dan banyak cara untuk mengubah minda dan kesedaran ini,” katanya lagi.
Jabatan itu, tambah kenyataan itu, sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen.
"Tetapi biarlah dengan rasional dan beradab. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu polisi dan tindakan, banyak perkara perlu diambil kira," tulisnya.
Pecahan kes COVID-19 di Terengganu mengikut daerah pada 17 Januari 2020.
Sementara itu, kes
COVID-19 di negeri Terengganu pada Ahad 17 Januari 2020 berlaku penurunan
apabila merekodkan 22 kes baharu berbanding 80 kes pada 16 Januari 2021 dengan
pertambahan 33 kes sembuh menjadikan
terdapat 378 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan
sebanyak 855 kes.
Manakala 376 kes
aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk
pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Hospital Setiu, PKRC Marang dan PKRC ILKKM Kuala Terengganu. Dua kes menerima rawatan di ICU HSNZ.
Sementara itu, Pejabat Daerah Besut (PDB) ditutup kepada orang ramai pada Ahad 17 Januari 2021 untuk memberi laluan kepada petugas Jabatan Kesihatan menjalankan kerja-kerja sanitasi. Ia akan beroperasi semula pada Isnin 18 Januari 2021. - KitaReporters
Pecahan kes COVID-19 mengikut mukim di Terengganu pada 17 Januari 2021.