Boleh tapau semua! Tapaw: Platform logistik pertama Malaysia tawar penghantaran semua barangan!
Published bySiti Zailah Mohd Yusoff merasmikan Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.
DALAM
situasi pandemik Covid-19 ini ramai yang berkeluh kesah akibat hilang pekerjaan
dan terjejas pendapatan namun dalam masa yang sama banyak syarikat tempatan
membuka peluang kepada mereka asalkan tidak memilih dan rajin berusaha.
Kini muncul syarikat Tapaw mewujudkan platform digital yang pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan logistik atau penghantaran pelbagai jenis barangan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkhidmatan penghantaran
Salah sebuah motorsikal yang akan digunakan untuk perkhidmatan penghantaran makanan yang dikendalikan oleh Tapaw dipamerkan pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tapaw, Dato’ Anuar A Rahman, asalkan individu itu mempunyai kenderaan dan lesen mereka sudah boleh mendaftar dan melayakkan mereka bekerja.
“Tapaw
adalah syarikat penghantaran apa sahaja jenis barangan ke destinasi yang
dimahukan pelanggan dan pertama seumpamanya di negara ini. Contohnya apabila
seseorang sudah mendaftar, dia hanya memerlukan data untuk menyemak aplikasi
senarai kerja ditawarkan, pilih dan gerak. Lebih menarik pekerjaan tersebut
boleh dilakukan secara bebas dan di mana
sahaja dia berada.
“Misalnya dia tinggal dan menjadi ahli Tapaw di Perlis, tiba-tiba berada di Shah Alam. Apabila dia membuka aplikasi terdapat senarai kerja yang sesuai, dia boleh terus mengambilnya. Ini bermakna selagi ada data internet, di situlah ada peluang untuk mereka melakukan pekerjaan penghantaran,” katanya pada sidang media selepas majlis Perasmian Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.
Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menyempurnakan majlis.
Anuar A. Rahman menunjukkan salah satu kameja-T yang akan digunakan oleh pemandu kenderaan Tapaw kepada Siti Zailah Mohd Yusoff pada majlis Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.
Anuar menambah, kursus tersebut disertai 72 peserta yang terdiri daripada rakan niaga Tapaw dari seluruh negara yang diberikan bimbingan dan pendedahan pelan strategi dan hala tuju syarikat.
“Rakan
niaga ini akan mewakili syarikat untuk membantu rakan pemandu, peniaga Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) serta pengguna aplikasi Tapaw mendapatkan
perkhidmatan terbaik.
“Tapaw
baru dilancarkan empat bulan lalu dan kini telah mempunyai 100,000 kenderaan di
seluruh negara. Kami sasarkan peluang pekerjaan ini di mana sahaja termasuk di
luar bandar apabila pada hujung bulan ini akan dilancarkan penghantaran makanan
(halal) melalui penunggang motorsikal pula,” katanya.
Tambahnya
lagi, penambahan perkhidmatan tersebut membuka peluang perniagaan kepada 50,00
peniaga termasuk suri rumah memasarkan
produk mereka apabila menggunakan aplikasi Tapaw Mall.
“Selepas menerima pesanan menerusi aplikasi, bahagian logistik akan datang mengambil dan menghantar ke destinasi yang dimahukan. Ia akan memberi manfaat kepada IKS serta menyokong usaha kerajaan untuk mentransformasikan perniagaan digital,” katanya.
Sementara itu, Siti Zailah memberitahu kerajaan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan program seumpama itu kerana ia salah satu inisiatif membantu keperluan semasa dan sesuai dengan situasi pandemik sekarang.
“Pada
masa pandemik ramai kehilangan pekerjaan dan program seumpama ini sangat baik
terutama dalam kalangan B40 yang terjejas pendapatan mereka. Peluang yang
ditawarkan oleh Tapaw mampu menangani isu kemiskinan yang mana buat masa ini
terdapat 560,000 penerima bulanan daripada kementerian.
“Justeru
golongan penerima ini sebaiknya rebut peluang supaya sama-sama dibimbing dan dipantau untuk
membaiki pendapatan mereka . Saya berharap lebih banyak syarikat melakukan
program begini melalui penggunaan teknologi digital untuk mengembangkan ekonomi
negara,” ujarnya.
Orang ramai berpeluang menjadi pemandu logistik, peniaga dan pengguna dengan mendaftar secara percuma di laman web tapaw.com dan muat turut aplikasi Tapaw di Apps Store dan Google Play Store. - KitaReporters
Seramai 72 rakan niaga Tapaw menerima lantikan dan watikah pada majlis Kursus Kepimpinan dan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 pada Sabtu, 4 April 2020 di Shah Alam, Selangor.