KETIKA negara sedang dilanda wabak penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ini, ada dalam kalangan masyarakat kita yang mengamalkan petua Melayu kepada daun mamu. Ramai memanggilnya daun semambu atau mambu tetapi nama asalnya yang digunakan orang lama-lama ialah daun mamu. : KitaReporters



Tak ada salahnya untuk cuba nenggunakan daun ini bagi melawan Covid-19 kerana daun ini telah terbukti kesannya sebagai perubatan dalam pembelajaran orang Melayu dulu-dulu

Pokok mamu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae.

Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. 

Terdapat pelbagai nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris).



Pokok mamu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.

Terdapat kandungan antibakteria, antiparasit, antikulat dan antivirus pada tumbuhan mamu ini. 

Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.

Selain daripada itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. 

Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.

Daun ini juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit. 


Oleh kerana manfaatnya yang sangat luas, kini daun mamu menjadi perhatian dalam perubatan moden. 

Di Afrika Timur, tanaman ini dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit. .

Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. 

Selain itu, daun ini diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit demam campak cacar.

Selain daripada kegunaan perubatan, bentuk kanopi pokok mamu yang merimbun dan rendang sesuai dijadikan tanaman lindungan atau hiasan dan landskap taman, di sepanjang jalan taman atau kawasan perumahan.


Disebabkan salah satu tanda serangan Covid-19 ialah demam, maka samalah juga seperti demam campak, cuma demam Covid-19 ini tidaklah gatal. 

Salah satu kaedah Melayu apabila menggunakan herba ialah dengan cara merebusnya. Caranya ialah rebus daun dengan lama dan tempoh untuk merebusnya ialah sehingga air tinggal separuh.

Misalnya, segenggam daun mamu direbus dengan empat gelas air, maka rebuslah sehingga tinggal dua gelas air. Biarkan sejuk, tapi jika perlu dan diminum.

Standardnya minum segelas pagi dan segelas petang atau malam (biasanya sebelum tidur supaya ubat boleh bekerja semasa tidur).

Paling baik direbus dalam periuk tanah, bukan periuk besi atau aluminium atau laib-lain. Namun boleh juga jika tiada.

Petua Melayu, jika anda mahu memetiknya di kawasan luar rumah kita, mintalah izin daripada pemilik atau penjaga tempat itu terlebih dahulu sebelum dibuat ubat. 


Mengikut pembelajaran Melayu , bagi orang Islam memang tahu bahawa setiap sesuatu itu seperti daun mamu ini dijadikan Tuhan mempunyai fungsi tugas amanah tanggungjawab dan manfaatnya.

Misalnya pokok ganja yang seperti pokok tomato itu pun digunakan sebagai penyedap makanan seperti Ajinomoto sekarang ini. Daun ketum pun memang terkenal dengan perubatannya. 

Memanglah pihak yang berkepentingan menentang perubatan tradisional melainkan mereka telah dapat mengeksploitasi mendapat wang daripadanya.

Sebagai contohnya, bawang putih amat baik untuk penghidap asma dan beberapa penyakit kronik, walau tiada kajian lanjut saintifik tetapi mereka yang mengamalnya terbukti pulih.

Jadi tidak salah jika anda mencuba. Sebagai sebab musabab untuk mendapatkan kesembuhan dari tuhan yang satu. - KitaReporters


100
26
12
21
15

Copy Link: