SUPER MOON & BERKAT MALAM NISFU SYAABAN
Published byGambar hiasan: Kredit India Today.
Kali pertama berlakunya fenomena bulan penuh adalah pada 8 Februari 2020 yang digelar sebagai 'Super Snow Moon', manakala bulan penuh kedua berlaku pada 9 Mac 2020 yang dinamakan '‘Worm Moon’.
Gelaran terakhir itu diperoleh merujuk kepada fakta bahawa cacing dan serangga perosak tanah cenderung muncul selepas berakhirnya musim sejuk, menandakan bermulanya musim bunga.
Gambar hiasan lambang 'Full Flower Moon': - Kredit foto: Xinhua News Agensi/Getty Images
Sementara pada 7 Mei 2020 nanti, akan berlaku pula bulan penuh ke-4 yang digelar “Full Flower Moon’ tanda bermulanya musim suhu panas yang sesuai untuk kesuburan tanaman mahu pun insan.
Jadi, pada 8 April 2020 ini, bulan penuh "Super Pink Moon" merupakan bulan pertama yang muncul pada musim bunga dan yang paling hebat serta menarik.
Ketika ini, bulan akan berada hampir dengan bumi iaitu sejauh 356,907 km sahaja berbanding jarak kebiasaannya iaitu sejauh 384,400 km, menjadikan ia bulan paling besar yang dapat dilihat iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang dari bulan penuh kebiasaannya.
Pun begitu, walau pun namanya disebut “Super Pink Moon”, bulan yang bakal muncul tidak akan menyinar dalam rona merah jambu seperti gelarannya, tetapi akan kelihatan berwarna keemasan yang kemudiannya secara perlahan-lahan akan bertukar putih keseluruhannya.
Gambar hiasan: Kredit Supritha Jonnavitulla/Unsplash.
Menurut almanak para petani lama (Old Farmers Almanac), gelaran ‘Super Moon’ diberikan ekoran ia mengambang ketika sejenis tumbuhan bunga liar rona merah jambu yang berasal dari Amerika Utara mula mekar sewaktu musim bunga.
Untuk mendapatkan pemandangan terbaik bagi menyaksikan fenomena bulan penuh ini, cari kawasan terbuka dan lihat ketika bulan naik di atas cakerawala, di mana ia akan muncul pada saiz terbesar dalam rona keemasan yang paling terang.
Menariknya lagi, kebetulan pada hari Rabu malam Khamis itu jatuh pada Malam Nisfu Syaaban yang merupakan satu malam yang mempunyai banyak kelebihan bagi umat Islam.
Antara hadith-hadith berkaitan malam Nisfu Syaaban disebutkan daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”
Pendek kata, sekiranya anda terlepas pandang untuk melihat bulan penuh seawal 10.35 pagi (waktu tempatan) atau 2.30 pagi (waktu universal) pada 8 April 2020, jangan risau kerana anda boleh terus melihatnya dalam tempoh 12 jam berikutnya sehingga malam.Jadi terangilah jiwa bagaikan bulan mengambang dengan amalan-amalan baik seperti berpuasa sunat nisfu Syaaban, sekali gus sunat Khamis. - KitaReporters
Imej 'Super Moon Pink' yang menyinari langit pada tahun 2019. - Kredit foto: Forbes/Getty