Berita Terkini| PPV pandu lalu untuk OKU di Lembah Klang! Akan mula beroperasi minggu depan!
Published by
Gambar hiasan... PPV pandu lalu untuk OKU akan beroperasi di satu lokasi di kawasan Lembah Klang pada minggu depan bagi memudahkan golongan berkenaan. - Kredit foto: Harian Metro
PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan diwujudkan untuk komuniti orang kurang upaya (OKU) bagi membantu percepatkan proses pemberian vaksin kepada golongan berkenaan.
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata
PPV yang dijangka disediakan pada minggu depan itu akan beroperasi di satu lokasi di
kawasan Lembah Klang.
“PPV pandu lalu untuk komuniti OKU ini diadakan dengan kerjasama pihak swasta melalui Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Kewujudannya sebagai alternatif bagi memudahkan golongan OKU.
“Komuniti berkenaan hanya duduk di dalam kenderaan tanpa perlu keluar dan ia sekali gus menyegerakan pemberian vaksin kepada golongan tersebut,” katanya dipetik oleh laporan Bernama, 4 Jun 2021.
Dalam perkembangan berkaitan, Rina memaklumkan seramai 195,395 OKU telah mendaftar untuk pemvaksinan menerusi MySejahtera dan bagi mempercepatkan pendaftaran OKU pihaknya kini bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan berkaitan.
“Kita akan
pastikan individu dalam kumpulan sasaran tidak tercicir daripada mendapatkan
vaksin. Berdasarkan
data Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), kira-kira 577,000 OKU berdaftar di bawah
JKM setakat ini,” ujarnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter