Dalam kemeriahan dan keseronokan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara, jangan lupa bahawa kita masih lagi bertemankan dengan pandemik koronavirus 2019 (Covid-19). Perlu sangat berwaspada terhadap golongan yang mudah terkesan atau berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan. : KitaReporters


Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas, golongan kanak-kanak (dibawah 14 tahun), ibu-ibu mengandung dan penghidap penyakit kronik di Malaysia adalah antara mereka yang berisiko besar dijangkiti penyakit Covid-19.

Sajian juadah hari raya seperti lemang, ketupat, rendang, nasi himpit, kuah kacang, kuih dan biskut raya serta lain-lain akan menyebabkan kita terlupa seketika dengan keasyikan dan kenikmatan menjamu selera bersama perhimpunan beramai-ramai dengan ahli keluarga, ipar-duai, sepupu-sepapat, sahabat handai dan jiran tetangga.

Bila dah ramai al-maklumlah segala-galanya menjadi tidak terkawal dan kelam kabut serta lupa diri seolah-olah kehidupan kembali normal tanpa ada apa-apa yang perlu dibimbangkan atau ditakutkan.



Kebimbangan ini turut dirasai Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam mesejnya sempena menjelangnya ketibaan bulan Syawal, bahawa ada kemungkinan jangkitan Covid-19 akan bertambah jika kita tidak mengamalkan segala saranan dan nasihat KKM kepada orang ramai.

Beberapa tinjauan dan pandangan yang disuarakan oleh pakar-pakar perubatan negara perlu diambil perhatian serius oleh orang ramai apabila berdepan dengan Covid-19.

Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata tidak realistik  dalam melaksanakan penjarakan sosial ketika menghadiri majlis keramaian seperti hari raya atau apa-apa musim perayaan.

Tambah beliau lagi, apabila bersama-sama keluar dalam beberapa jam pertama mungkin penjarakan sosial boleh dilakukan.

Tetapi kemudian mereka mula melupakan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Presiden Persatuan Anaesthesiologists Malaysia, Profesor Dr Marzida Mansor juga turut melahirkan tidak bersetuju dengan budaya kunjung mengunjung atau “rumah terbuka” pada musim perayaan kali ini memandangkan kemungkinan besar virus korona boleh berada dalam kalangan pengunjung.

Walau bagaimanapun seorang doktor kesihatan awam, Dr Aidalina Mahmud memberitahu bahawa penjarakan sosial boleh dilakukan dengan syarat sikap, disiplin dan sentiasa beringat serta mematuhi peraturan dan nasihat KKM.

Beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan mendapati kes jangkitan Covid-19 mudah berjangkit kepada golongan berikut :



Dalam kesibukan kita beraya “sakan” dengan tetamu-tetamu yang hadir, sayugia diingatkan kepada semua bahawa “Covid-19” akan sentiasa berkunjung ke rumah anda bersama-sama dengan tiga golongan pengikut setianya iaitu pesakit yang disyaki (PUI), kontak rapat dan kluster baharu dan lama. 

Marilah kita sama-sama jiwai dan praktikkan seruan ini: #KitaJagaKita. KitaReporters


Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677978/covid-19-dua-kelompok-usia-warga-emas-berisiko-tinggi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677995/315-kanak-kanak-dijangkiti-covid-19

https://www.maskulin.com.my/doktor-ini-jelaskan-kenapa-pesakit-kencing-manis-darah-tinggi-berisiko-dapat-covid-19-lebih-teruk/

2
0
3
0
0

Copy Link: