VIRUS Covid-19 makin merebak ke seluruh dunia dan berstatus pandemik. Di kebanyakan negara dalam dunia, tiada tanda-tanda bahawa virus maut itu akan berhenti atau lenyap walaupun vaksin telah ditemukan dan diedarkan.

Catatan angka kematian akibat implikasi virus ini terus dicatatkan di seluruh dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Walaupun angka kematian di negara kita boleh dianggap rendah, namun ia bukan petanda untuk kita hidup selesa atau leka.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan vaksin:

https://kitareporters.com/search?search=vaksin



Antara negara yang mengalami kadar kematian tertinggi di dunia ialah Brazil dengan kadar kematian hariannya mencecah 1,582 orang.

Ia menjadi suatu keadaan yang agak parah dan mengerikan semua pihak, terutama warga negara itu. 

Namun bukankah Brazil antara negara yang sedang menerima pengagihan suntikan vaksin Covid-19? Kenapakah ia masih mencatatkan kadar kematian begitu tinggi?



Ini semua gara-gara pengagihan vaksin kepada rakyat terhenti di tengah jalan. Tetapi, kenapa jadi sebegitu rupa? Di mana salahnya?

Menurut beberapa sumber tempatan di negara itu termasuk laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), faktor utama yang menyebabkan situasi berkenaan berlaku di Brazil adalah kerana dasar kerajaan dan kempen pengambilan vaksin yang sangat lemah dan kurang bersungguh-sungguh.



Bayangkan sejak Januari, baru setengah juta rakyat mereka yang sudah divaksin, sedangkan Brazil adalah negara ke-5 terbesar di dunia dengan jumlah penduduk lebih kurang 190 juta orang.

Kenapa pula baki rakyat lain tidak menerima vaksin Covid-19? 

Ini kerana Brazil sedang mengalami situasi mendesak iaitu kekurangan dos vaksin serta masalah logistik

Itu adalah antara punca utama mengapa kematian di negara itu terus meningkat, walaupun menjadi antara negara terawal menerima vaksin.

Bayangkanlah, ketika jutaan rakyat yang sangat ramai dan berharap untuk memperoleh suntikan vaksin, tiba-tiba perancangan kerajaan mereka yang kurang sistematik telah menyebabkan situasi genting itu berlaku.

Akhirnya tak pasal-pasal ramai nyawa rakyat melayang pada setiap hari disebabkan oleh implikasi pengagihan vaksin virus Covid-19 yang tersusun dan lancar itu.

Tambahan pula, barisan hadapan mereka sudah sampai ke tahap ‘burn out’ akibat daripada situasi yang sudah tidak mampu dikawal lagi.



Sepatutnya kita di Malaysia harus mengambil pedoman dan ikhtibar daripada situasi genting di Brazil ini. 

Ia bukan perkara yang boleh dibuat main atau sambil leka, silap percaturan kita akan menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa akan terkorban.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus membantu dan memainkan peranan penting untuk memastikan kempen vaksin yang dilancarkan kerajaan berjaya mencapai matlamat.

Kerajaan cuma pengantara dan perancang untuk melaksanakan sesuatu agenda, tetapi penentu keberhasilan terhadap perancangan tersebut adalah rakyat kebanyakan. 

Apa yang lebih penting adalah kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara. Jadikan iktibar negara lain agar negara kita selamat dan rakyat kita selamat dari wabak maut ini. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: