Puteri Ira yakin Malay Town popular! Mahu kongsi ilmu bisnes
Published by“MALAY Town adalah tempat yang strategik untuk melebarkan perniagaan selain dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang menarik untuk dikunjungi selepas diambil oleh pengurusan baharu. Saya tidak teragak-agak untuk menyewa lot perniagaan di sini terutama bagi memperkenalkan dengan lebih jauh produk Air Mandian Aura Mawar kepada orang ramai,” kata artis popular Puteri Ira. : KitaReporters
Puteri Ira menunjukkan dokumen penyewaan lot perniagaan di Malay Town.
Beliau yang sudah mengadakan beberapa siri kunjungan untuk berbincang dan mendapatkan pencerahan daripada Pengarah Urusan Malay Town, Dato’ Seri Paduka Hasnizal Hassan berpuas hati dengan pembangunan baharu tapak perniagaan itu.
Dengan
keyakinan itu, Puteri Ira telah menandatangani dokumen penyewaan lot nombor 12 di Malay Town Jalan Pekeliling
Kuala Lumpur baru-baru ini, sekali gus turut memberi peluang kepadanya
untuk mendedahkan kepada orang ramai dunia perniagaan.
Puteri Ira menandatangani dokumen untuk menyewa lot nombor 12 di Malay Town.
Puteri Ira berkata, dia juga akan menggunakan peluang selepas dilantik sebagai konsultan pengurusan untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai atau pengunjung mengenai Malay Town di bawah pengurusan baharu.
“Bagi saya
peniaga kecil tidak seharusnya melepaskan peluang yang disediakan di Malay Town
untuk mereka melebarkan perniagaan, yang akan membantu mereka untuk menambahkan
lagi punca pendapatan.
“Lot kedai saya akan mula beroperasi 17 Julai 2020 ini dan saya mempelawa orang ramai untuk sama-sama memeriahkan pembukaannya di samping mendapatkan penerangan mengenai Air Mandian Aura Mawar,” katanya.
Ayiin Lazim menunjukkan barangan kosmetik dan produk kecantikan yang dijual digerainya kepada Puteri Ira.
Sementara itu, peniaga kosmetik dan produk kecantikan, Ayiin Lazim yang sudah memulakan perniagaan di situ sejak hujung tahun lalu berharap perniagaannya akan bertambah baik di bawah pengurusan baharu.
Katanya,
selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan kerajaan pada awal
Jun 2020 lalu kunjungan orang ramai semakin meningkat pada hari tertentu terutama
mereka yang datang untuk menjamu selera di gerai makanan.
“Saya yakin
situasi itu akan bertambah lebih baik apabila lebih ramai penyewa lot tapak
niaga ini akan memulakan perniagaan mereka selepas selesai membuat beberapa
pengubahsuaian di gerai masing-masing,” katanya.
Nicha Zainal menerima pelawaan Puteri Ira untuk menunjukkan sebahagian kain tudung yang dijualnya.
Peniaga kain tudung dan pakaian wanita, Nicha Zainal, berkata dia bersyukur kerana pengurusan baharu membuat beberapa perubahan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Malay Town pada setiap malam.
Katanya,
kedudukan Malay Town amat strategik dikunjungi orang ramai terutama selepas
waktu pejabat untuk bersantai bersama kawan-kawan dan menjamu selera selain
mengunjungi gerai yang menjual pelbagai barangan.
“Dengan
pelbagai promosi yang dilakukan pengurusan baharu, saya percaya Malay Town akan
semakin popular di Kuala Lumpur dan sesuai dikunjungi mereka yang datang
bercuti dan sebagainya,” kata Nicha.
Hasnizal Hassan (kanan) sentiasa menerima pelawat yang ingin melihat perkembangan Malay Town.
Malay Town beroperasi setiap hari kecuali pada hari Selasa bermula jam lima petang hingga 12 malam.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan lot perniagaan orang ramai boleh menghubungi Sazelan Abdul Wahab Arbi Bashah (011-2803 9898) atau Ismail Khamis (012-263 8646). - KitaReporters