Gambar hiasan... Raja Muda bertitah pelaksanan ibadah korban sempena Aidiladha hanya dibenarkan di masjid sahaja.


SEMUA masjid di Perlis dibenarkan melakukan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun 2021 ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagaimanapun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Pelaksanaan ibadah korban seperti penyembelihan haiwan korban hanya boleh dilakukan di kawasan berikut iaitu rumah sembelihan milik kerajaan atau swasta, masjid dan premis presendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

"Manakala pelaksanaan ibadah korban oleh jabatan atau agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) pula adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa," titahnya dalam satu kenyataan di Kangar pada Sabtu, 19 Jun 2021.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) bertitah, buat masa ini surau dan sekolah agama tidak dibenarkan melakukan aktiviti ibadah korban.

Bagaimanapun titah baginda, tiada aktiviti jamuan atau kenduri yang dibenarkan sebagai langkah kawalan.

"Pihak yang bercadang untuk mengelola ibadah korban di negeri Perlis hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Ibadah Korban Tahun 1442H/2021M Negeri Perlis kepada Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs selewat-lewatnya tujuh hari dari tarikh 10 Zulhijah 1442H.

Buat masa ini MAIPs sedang mempertimbangkan keutamaan kepada mereka yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 untuk menyertai aktiviti pengimarahan Aidiladha, selain dapat diizinkan menyertai solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan aktiviti lain di masjid kelak. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah tiada aktiviti jamuan atau kenduri dibenarkan sebagai langkah kawalan. Sinar Harian

 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: