STOP!! TAK PERLU BASUH SEMUA BARANG DAPUR!
Published bySEJAK dua menjak ini kita semua berasa sangat paranoid untuk keluar dan membeli barang di luar kerana risau terdapat virus yang bakal masuk ke dalam rumah kita terutama wabak Covid-19. Pernahkah anda semua terfikir adakah barang dibeli itu bersih? dan perlukah ia dinyahkumankan? : KitaReporters
Menerusi perkongsiannya dalam akaun Facebooknya, Safiya Amaran menyatakan barang dapur tidak perlu dibersihkan untuk dinyahkuman.
Jelas beliau, menurut World Health Organization(WHO), cara utama jangkitan Sars-CoV-2 atau Covid-19 ini adalah daripada seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus iatu semasa bercakap, bersin dan juga batuk.
Jangkitan juga akan terjadi melalui tangan yang tercemar akibat virus dan kemudiannya anda menyentuh mata hidung dan juga mulut.
Oleh sebab itulah kita semua diarahkan untuk menjarakkan diri (social distancing) antara satu sama lain,
basuh tangan, pakai penutup mulut dan hidung, serta sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.
Jadi apakah contoh barang yang selalu dipegang?
- tombol pintu,
- pemegang almari & perabot,
- suis kipas & lampu,
- kepala paip & flush toilet,
- beg, laptop, purse,
- telefon bimbit,
- stereng kereta,
- toiletries (produk tandas) dan skincare (produk penjagaan kulit).
Ini adalah contoh barang yang perlu kerap dibersihkan. Boleh guna spray atau lapkan.
Tapi yang kerap menjadi kerisauan para ibu ialah barang dapur.
Adakah barang dapur (bahan kering) yang dibeli selamat?
Walaupun virus boleh ada pada barang kering atau barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah jauh lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.
Tanpa kita sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain.
Satu lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli kerana dipegang oleh ramai orang.
Oleh sebab itu,semasa shopping semua dinasihatkan untuk :
- Jarakkan 1-2 meter dari orang dan tidak berbual
- Tidak sentuh muka
- Basuh tangan sesudah shopping
- Basuh tangan sesudah memegang troli
Maka, jadikan amalan untuk basuh tangan termasuk selepas bayar dan angkat semua barang masuk ke kereta.
Risau juga kalau tanpa sedar kuman tertinggal di stereng pula masa memandu. Kalau tak ada sumber air, guna hand sanitizer.
Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?
Pakar mikrobiology, Don Schaffner, Professor dalam bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, tidak galakkan untuk nyahkuman barang dapur yang dibeli.
Ini agak keterlaluan.
Paling utama untuk anda lakukan ialah membasuh tangan sebaik sahaja pulang dari kedai, apabila siap menyusun barang dapur, semasa nak memasak makanan sebelum dan selepas makan.
Ini wajib buat! Jangan pegang anak-anak selepas balik kedai. Basuh tangan dulu.
Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang-barang dapur tadi.
Kita risau pasal barang hingga lupa pada tangan sendiri.
Perlukah nyahkuman barang basah / makanan mentah yang dibeli?
Tidak, kita tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli.
Tapi semua makanan ni mesti dibasuh dengan sempurna, gunakan air. Mesti basuh sebelum masak atau makan!
Boleh ke nak basuh buah-buahan dengan sabun?
Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan kita. Kalau kita tertelan sabun walaupun sikit, boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.
Sekali lagi diingatkan yang perlu dibersihkan sentiasa ialah tangan kita sendiri.
Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan. Kalau kita sembur pada tomato atau timun, ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.
Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut kita, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.
Sebaliknya, bakul atau beg recycle yang digunakan untuk shopping itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.
Jangan lupa basuh tangan dengan air dan sabun ye! - KitaReporters