SEBUAH ibu pejabat agensi kerajaan dan tiga sekolah adalah antara premis yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah, Bukit Besi, Dungun, Terengganu diarah tutup selama 14 hari ekoran penularan pandemik COVID-19 di kawasan terbabit selepas dua orang disahkan positif virus tersebut. : KitaReporters


Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) diarah tutup berikutan dua kakitangannya disahkan positif COVID-19


Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Agensi yang terbabit dengan arahan penutupan tersebut ialah  Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), dan tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

Penutupan Ibu Pejabat Ketengah berpunca daripada dua kakitangan agensi tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Manakala tiga sekolah di Ketengah Jaya, yang terletak tidak jauh dari Bandar Al Mutafi Billah, diarah tutup serta-merta berikutan penularan COVID-19 dalam kalangan murid dan pelajarnya.


Pengurus Besar Ketengah Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa


Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, penutupan selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November 2020 itu susulan arahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Premis tersebut akan menjalani proses sanitasi sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.


Notis penutupan Ibu Pejabat Ketengah


Tengku Ahmad Nadzri berkata, semua kakitangan Ketengah telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan ibu pejabat terbabit.

Katanya, agensi itu akan mengambil tindakan dan langkah-langkah perlu selaras dengan arahan-arahan Kerajaan yang berkuat kuasa berkaitan Perintah Kawalan Perebakan Penyakit Berjangkit dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.


Status COVID-19 di Negeri Terengganu pada 29 Oktober 2020


Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah merekodkan tiga kes sembuh dan satu kes baharu COVID-19 menjadikan 33 kes COVIDd-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 192 kes. 

Menurut kenyataan itu, satu kes baharu ini dikesan di Mukim Rasau, Dungun melalui saringan kontak rapat kes Kluster Makekar. Kesemua 33 kes aktif ini dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. 



Berikutan itu, penduduk di Gugusan Felda Ketengah Jaya diminta untuk mengelakkan pergerakan keluar dan masuk di kawasan ini buat sementara waktu. - KitaReporters

0
2
1
0
2

Copy Link: