Berdesup! Van aiskrim elektrik terpantas milik Edd China!
Published byLEGENDA pemecah rekod dari Britain, Edd China berjaya merangkul satu lagi gelaran Guinness World Records (GWR) atau Rekod Dunia Guinness untuk van aiskrim elektrik terpantas dengan mencapai kelajuan 118.964 km/j (73.921 mph). Edd mula menggunakan ‘keajaibannya’ untuk menggerakkan van tersebut pada tahun 2018, yang pada asalnya menggunakan mesin diesel Mercedes Sprinter. : KitaReporters
Edd mengubah suai enjin diesel kepada elektrik yang lebih menjaga alam sekitar.
Lagi cerita-cerita berkaitan aiskrim:
https://kitareporters.com/search?search=aiskrim
Setelah dua tahun melakukan pengubahsuaian dan menghadapi cabaran terutama wabak COVID-19, dia akhirnya berjaya memecahkan rekod pada bulan Mac 2020 lalu.
Rekod berkenaan diukur di Elvington Airfield di Yorkshire, United Kingdom. Projek ini bukan sekadar memecahkan rekod untuk Edd tetapi juga untuk menjaga alam sekitar.
Van aiskrim elektrik milik Edd mendapat pengiktirafan daripada Guinness Word Records.
Sebelum ini van aiskrim dilarang di beberapa wilayah di London kerana pelepasan toksik daripada asapnya. Justeru, bertindak atas itu, Edd melakukan pengubahsuaian terhadap enjin diesel van aiskrim kepada enjin elektrik dan berharap ia dapat dipasarkan seluruh dunia.
Ini merupakan gelaran Rekod Dunia Guinness ketujuh buat
Edd antaranya ialah kenderaan bermotor terlaju dan pejabat terpantas pada tahun
2006.
Edd pernah memecah rekod pejabat terlaju dunia.
Edd kini merancang untuk memecahkan rekod troli beli-belah bermotor terpantas yang kini sudah mencapai kelajuan 70.4 mph
atau 113.3km/j. - KitaReporters