Hati-hati guna shower heater! Tip guna tular ekoran kematian
Published byPADA Ahad 23 Ogos 2020 lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejadian tragis apabila dua beradik maut terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air mandian (shower heater) yang digunakan. Mangsa yang juga seorang gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen bersama kakaknya, Wan Zurina. : KitaReporters
Eddy maut bersama kakaknya akibat renjatan elektrik berpunca daripada pemanas air mandian.
Lagi cerita-cerita berkaitan kemalangan:
https://kitareporters.com/search?search=kemalangan
Menurut laporan media, mereka ditemukan terbaring dalam bilik air di sebuah rumah dekat Batu 11, Jalan Lama Gombak, Selangor.
Sebenarnya ini bukanlah kejadian pertama kerana sebelum ini pernah terjadi kes membabitkan renjatan elektrik daripada alat pemanas air mandian. Kes-kes seperti ini menunjukkan alatan ini berbahaya sekiranya tidak digunakan secara betul atau menggunakan produk yang tidak mendapat kelulusan Sirim atau yang tidak berkualiti.
Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ejan Infection mengenai cara atau tip menggunakan alatan ini dengan betul dan selamat, mendapat perhatian netizen susulan kejadian yang menimpa gitaris tersebut.
Gambar hiasan... Pemanas air mandian. - Sumber gambar: Google Image
Menurut Ejan, dia juga menggunakan alatan berkenaan
di rumah. Namun, hanya menggunakannya sekiranya cuaca sejuk akibat hujan pada
waktu pagi.
Ini bermakna dia hanya menggunakan alatan tersebut
sekiranya diperlukan sahaja. Menyedari alatan itu agak berbahaya, justeru dia
tidak lokek berkongsi tip atau cara betul menggunakannya.
“Bahayanya mandi guna shower heater, boleh tarik nyawa adik-beradik sekelip mata.
“Saya hanya menggunakan alatan tersebut sekiranya pada waktu pagi hujan lebat kerana sejuk. Namun, kalau hari biasa, saya akan tutup suis dan mandi macam biasa sebab saya seorang electrical. Jadi, saya tahu betapa bahayanya barang itu.
“Jadi, korang kalau ada guna alatan itu, pastikan
cuba dulu butang tu. Buka air dulu lepas tu tekan butang. Kemudian tengok kalau
trip atau dia tutup tu kira okay
selamat untuk digunakan.
“Jika ada litar pintas dia akan tutup sendiri atau
pun apabila ada tanda-tanda awal renjatan elektrik, terus tekan butang tu
cepat-capat. Itu adalah butang kecemasan.
“Satu lagi, yang saya punya ini ada jaminan seumur
hidup. Kalau rosak mereka boleh ganti yang baru bukan baiki.. Harga RM300 lebih,” tulisnya.
Sementara itu juga, Ejan sempat memberi nasihat
kepada orang ramai agar membeli barangan atau produk elektrik yang diluluskan
oleh SIRIM sahaja.
“Jangan sesekali beli barang yang tiada kelulusan SIRIM terutama membeli dari perniagaan dalam talian yang tiada jaminan daripada pihak SIRIM,” ujarnya.
Perkongsian Ejan ini mendapat perhatian netizen yang
turut bimbang menggunakan alatan tersebut apatah lagi sekiranya ia tidak
mendapat kelulusan SIRIM.
Sehingga kini, hantaran Ejan itu mendapat lebih 2,700 perkongsian. Ini menunjukkan ramai yang mula mengambil berat
pasal keselamatan melibatkan pemanas air mandian. - KitaReporters