Cari line internet tak dapat! Faktor geografi, vandalisme, curi kabel dikatakan punca utama?
Published byMenara telekomunikasi. - Gambar hiasan
Ramai pengguna-pengguna internet terutama di kawasan luar bandar atau pedalaman serta pinggir bandar mengadu berdepan masalah liputan (coverage) dan capaian internet di lokaliti masing-masing.
Di
Sabah, seorang ibu Sharifah Sharizah sanggup mendaki sebuah bukit kira-kira 5
kilometer daripada rumah mereka
bersama-sama dua orangnya Mohd Aiman Qusairey Mohd Laison,10, dan Nur
Qaireen Mohd Laison, 8, serta seorang anak saudaranya Mohd Amirul Zalizan,12 bagi
mengikuti kelas dalam talian setiap hari persekolahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Internet:
https://kitareporters.com/search?search=internet
Sharifah Sharizah sanggup berkorban demi masa depan pelajaran anak-anaknya bagi mengikuti kelas dalam talian setiap hari persekolahan di atas bukit di sebuah kampung pendalaman Kudat, Sabah. - Kredit foto FMT.
Rata-rata penduduk yang tinggal di Kampung Panikun, mukim Matunggong, Kudat di Sabah tidak mendapat liputan serta sambungan internet dan ‘mudah putus’ disebabkan bentuk geografinya yang terletak jauh di pedalaman serta sering gagal menerima isyarat internet.
Tahukah anda bahawa ketika ini hanya kurang 20 peratus kawasan berstatus merah atau tiada liputan internet?
Kenapa capaian internet di tempat anda sering mengalami gangguan atau terputus sambungan (connectivity) rangkaian internet?
Keratan akhbar dan media tempatan mendedahkan keluhan golongan pelajar, guru dan ibu bapa terhadap liputan internet di negara ini dikatakan masih ada kawasan yang tidak menerima isyarat internet atas beberapa faktor.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberitahu bahawa antara punca kepada masalah liputan internet yang menghantui kepada pengguna-pengguna adalah disebabkan perbuatan laku musnah atau vandalisme membabitkan gentian optik dan kecurian set generator oleh penjenayah.
Di samping itu, faktor geografi seperti di kawasan berbukit-bukau turut menjadi penghalang kelancaran penghantaran dan penerimaan signal daripada menara telekomunikasi kepada premis-premis pengguna.
Menyedari hakikat masalah liputan internet di kawasan luar bandar, pihak kerajaan bersetuju melakukan penambahbaikan membina infrastruktur komunikasi bersama-sama dengan syarikat telekomunikasi (telco) sebagai langkah menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi dan berteknologi yang canggih.
Pada 29 Ogos 2020 ,Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) melalui dua fasa di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bermula 2021-2025.
Fasa
pertama JENDELA akan memperluaskan kawasan liputan jalur lebar mudah alih 4G dari 91.8 peratus kepada 96.9
peratus di kawasan berpenduduk.
Selain
itu, kerajaan juga akan mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih(telefon
bimbit) daripada 25Mbps kepada 35Mbps sejajar dengan kehadiran
rangkaian 5G akan datang.
Manakala
fasa kedua pula membabitkan peralihan kepada teknologi 5G bagi memantapkan lagi rangkaian 4G yang sedia ada selepas perkhidmatan 3G akan ditamatkan pada
hujung tahun 2021.
Sebanyak 2,360 menara komunikasi telah siap
dibina sehingga Jun 2020 di seluruh negara dan hanya 280 menara lagi masih dalam peringkat pembinaan.
Sebanyak 423 menara baharu bakal dibina dan 2,221 alat pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G bermula tahun 2021 sehingga 2022.
Merujuk laporan Global
index 2020 tahap kelajuan internet (Speedtest) jalur lebar (broadband) talian
tetap bagi negara-negara ASEAN menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga
dengan kadar purata muat turun internet sebanyak 93.67 Megabit sesaat (Mbps)
berbanding Thailand menduduki tangga pertama (308.35 Mbps) dan diikuti Singapura 245.31 Mbps (kedua).
Manakala bagi pengguna-pengguna telefon bimbit atau pintar (mudah alih), Malaysia berada tangga ketujuh dengan kadar kelajuan 25.6 Mbps berbanding Singapura 66.82 Mbps (pertama), Thailand (51.75 Mbps), Vietanam (34.51 Mbps), Laos (28.28 Mbps) dan Myanmar (26.08 Mbps).
Pada 18 Mac 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) melaporkan pengguna internet seluruh negara meningkat sebanyak 23.5 peratus pada minggu pertama PKP.
Kelajuan muat turun 4G Malaysia secara purata menurun daripada 13.4 Megabit sesaat (Mbps) tahap normal kepada 8.8 Mbps pada awal Februari tahun 2020 lalu. - KitaReporters
Sebuah karikatur mengenai pelajar sedang PdPR dan penduduk melakukan 'shopping on (tree)' ... - Kredit foto: FB Kenon Sabah
Sumber:
https://www.soyacincau.com/2021/01/22/speedtest-asean-malaysia-mobile-fixed-broadband-speed/
https://www.msn.com/en-my/news/national/sabah-family-e2-80-99s-daily-uphill-struggle-to-go-online/ar-BB1d3xMh
https://www.imoney.my/broadband