JIKA sebelum ini pasti ramai yang merungut dengan keadaan persekitaran terutama sungai yang kotor selain dipenuhi pelbagai 'penghuni', yang sekali gus menjatuhkan imej negara. Namun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada juga kebaikan dan hikmahnya tersendiri apabila sungai yang kotor itu bertukar menjadi jernih dan bersih tanpa gangguan sampah. : KitaReporters

SUNGAI KLANG kelihatan tenang dan bersih tanpa sebarang sampah yang sekali gus boleh mencacatkan pemandangan yang indah. Foto SelangorKini.


Baru-baru ini, tular dalam media sosial keadaan Sungai Klang yang selama ini keruh dan dipenuhi sampah bertukar menjadi jernih. 

Video berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, Khoo Salma @heritagepenang itu ternyata mengejutkan seperti berlaku sebuah keajaiban apabila Sungai Klang, yang sebelum ini menjadi satu daripada sungai paling kotor di negara ini, kini bertukar menjadi bersih.

Mungkin habitat di dalam sungai juga boleh hidup dengan ‘tenang’ berikutan tiada gangguan sepanjang PKP ini.

Video berkenaan disaksikan oleh lebih 316,000 pengikut Twitter dan mendapat lebih 17,000 sukaan.

TENANG... Keadaan Sungai Klang yang bersih dan keadaan air yang laju mengalir tanpa sampah.



Lebih menyejukkan hati ialah tiada sampah yang terapung di dalam sungai itu, warnanya juga lebih jernih dan kelihatan sangat bersih.

Perkara itu juga turut disahkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan kualiti udara dan air di negara kita sepanjang PKP yang berkuat kuasa 18 Mac 2020 terus menunjukkan corak peningkatan dan semakin bersih.

Memetik laporan Sinar Harian pula, keseluruhannya Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum PKP fasa satu dan semasa PKP fasa kedua menunjukkan 14 peratus peningkatan bilangan hari yang mencatatkan IPU bersih di seluruh Negara.

Tahniah orang Malaysia! Berjaya menjadikan sungai kembali bersih.

Semoga tamat PKP nanti keadaan tersebut terus kekal sama seperti berlaku hari ini! - KitaReporters


18
5
0
1
0

Copy Link: