KITA sudah memasuki Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan masyarakat di Malaysia dilihat lebih banyak masa terluang di rumah. Malah kedai-kedai yang menjual barangan keperluan mahupun kehendak masyarakat dilihat banyak yang tutup ketika ini. Disebabkan itu, pembelian dalam talian ketika musim PKP telah meningkat secara mendadak berbanding sebelum ini. : KitaReporters  

Peningkatan pembelian online secara mendadak juga berpunca daripada mereka yang tidak pernah membeli barang secara dalam talian mula berjinak serta terjerat membeli barangan secara dalam talian.

Ini menyebabkan berlakunya kesesakan barangan di tempat-tempat penghantaran sehingga menyukarkan para pekerja untuk melakukan pengasingan apatah lagi jika sesebuah syarikat itu kekurangan staff. 


Melalui perkongsian yang dimuat naik dalam akaun Facebook Seri Cendekiawan, pemilik FB tersebut kelihatan marah dan kecewa dengan cara sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran mengendalikan barangan yang telah dibeli oleh orang ramai.

"Orang bayar untuk dapat perkhidmatan anda bukannya anda bekerja secara percuma."

Melalui luahannya dalam hantaran FB itu, ia mempersoalkan cara kerja mereka dan kenapa pihak syarikat tersebut tidak mengambil tambahan pekerja sehingga tamatnya COVID-19 ini sekiranya benar-benar mengalami kekurangan pekerja? 

Malah tambahnya, sikap tidak profesional sesetengah kakitangan syarikat ini boleh menyebabkan kerugian pada pihak pembeli dan penjual. 

Bagi syarikat yang melakukan penghantaran, sudah pasti tidak akan bertanggungjawab jika ini terjadi. 


Melalui perkongsian kisah tersebut, kebanyakan netizen bersetuju malah ada juga antara mereka berkongsi pengalaman yang pernah menjadi mangsa sikap tidak profesional pekerja dari syarikat tersebut. 








Jika dilihat apa yang berlaku ini, ia bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya ia pernah terjadi sebelum ini

Persoalannya, adakah syarikat yang terbabit telah ambik tindakan sewajarnya atau bersikap tidak acuh dalam perkara ini? - KitaReporters

0
1
2
0
2

Copy Link: