Berita Terkini| Cadang bina hospital medan di Sarawak, Kelantan! Peningkatan pesakit Tahap 4, 5!
Published by
Dr Adham Baba berkata, pihaknya melihat ada keperluan untuk mewujudkan hospital medan seperti yang dilaksanakan di Tawau, ketika awal gelombang ketiga sebelum ini.
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dalam perbincangan dengan Kementerian Pertahanan (MIndef) untuk membuka hospital medan di Sarawak dan Kelantan berikutan peningkatan bilangan pesakit Covid-19 yang berada pada Tahap 4 dan 5 di hospital di negeri terbabit.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya melihat ada keperluan untuk
mewujudkan hospital medan seperti yang pernah dilaksanakan di Tawau, Sabah ketika awal
gelombang ketiga sebelum ini.
“Sehingga
kini KKM melihat memang ada keperluan untuk kerajaan mengadakan hospital medan Sarawak
dan Kelantan berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri berkenaan.
“Jadi kita
sudah bincang dengan Kementerian Pertahanan supaya mereka boleh mewujudkan
hospital medan untuk menempatkan pesakit bukan kritikal di sana supaya beban
dalam hospital yang terjejas kerana peningkatan kes Covid-19 dapat dikurangkan,
sekali gus membolehkan kita menambah bilangan katil untuk merawat pesakit
kritikal,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19
(CITF), pada Isnin, 3 Mei 2021.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, setakat Mei 2021, kadar pesakit tahap empat dan lima adalah sebanyak 35.4 peratus berbanding 25.2 pada bulan lalu dan 17.2 peratus pada Mac.
Pada Februari 2021, kadar pesakit kategori sama adalah sebanyak 26.2 peratus dan 6.7 peratus pada Januari lalu.
Sementara
itu, memetik laporan Free Malaysia Today,
Dr. Adham mengesahkan kerajaan sudah mengerakkan lebih 8,000 kakitangan
kementerian lain ke KKM bagi membantu mengurangkan tekanan kepada sistem
kesihatan negara, termasuk hampir 800 kakitangan yang digerakkan ke Sarawak,
sejak 11 Januari lalu.
KKM juga telah mengarahkan petugas di Bahagian Pergigian di Kelantan dan pelatih di Institut Latihan Kesihatan Malaysia untuk membantu mengurus kes Covid-19 di negeri berkenaan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
KKKM sudah mengadakan perbincangan dengan Mindef untuk mewujudkan hospital medan bagi menempatkan pesakit bukan kritikal. - Kredit foto: Utusan Borneo