Tugu LA Hot Spring di Hulu Besut


PELUANG berkunjung ke Terengganu untuk menyusun pelan pelancongan bersama keluarga atau berkumpulan memberi banyak pilihan kepada mereka yang ingin mencari ketenangan jiwa sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Sebut sahaja pulau, pantai, tasik, air terjun, gua dan gunung adalah antara lokasi yang sememangnya banyak terdapat di seluruh pelosok Negeri Terengganu.

Bukan itu sahaja satu lagi keunikan yang jarang terdapat di tempat lain ialah lokasi riadah untuk mengubati penyakit lumpuh dan gatal-gatal kulit juga tidak kurang menjadi pilihan utama kepada orang ramai khususnya pelancong apabila memilih Daerah Besut untuk destinasi pelancongan domestik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan air panas


Kemudahan chalet disediakan untuk pelancong bermalam


Pusat reaksi Kolam Air Panas La atau lebih dikenali sinonim dengan panggilan “La Hot Spring”  memberi kepuasan dan berbaloi untuk dikunjungan pelancong. 

Kawasan air hangat ini terletak di pedalaman Hulu Besut kira-kira 28 kilometer dari Bandar Jertih, Terengganu. Pusat Pelancongan tersebut telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan awam pada tahun 1992.

Menariknya, air hangat (air panas) yang mengalir ini mengandungi kimia sulfur atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius.


Kedai menjual pelbagai jenis barangan turut disediakan


Ia berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh buat mandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos). 

Selain itu, air hangat buatan juga dibina berbentuk kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian.  

La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla (surau), perhubungan jalan raya dan tempat letak kereta.

Mungkin ada orang kata yang memang untuk merawat penyakit terutama bagi mereka yang menghadapi penyakit kulit. Tetapi memang ramai orang, terutamanya warga emas berkunjung ke sini bagi merawat penyakit angin ahmar dan kulit.


Pengunjung merendamkan kaki didalam air panas untuk tujuan perubatan


Anak sungai yang mempunyai air jernih terletak berhampiran kolam air panas

Pengunjung yang ingin bermalam boleh menginap di chalet-chalet yang disediakan Majlis Daerah Besut (MDB).

Menurut Pengurus La Hot Spring, Mohd Nazrul Mohd Nor, pengunjung disaran melakukan tempahan awal bagi mendapat tempat menginap di chalet yang disediakan. 

"Misalan cuti jatuh hari Khamis dan hari Jumaat, pengunjung perlu membuat tempahan awal bagi menginap chalet.

"Terdapat 30 unit chalet yang berharga RM150 semalam dan 20 unit berharga RM90, satu unit RM70, dua unit berharga RM50 dan satu unit asrama berharga RM25 semalam," katanya. 

Menurutnya, selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, jumlah pengunjung juga dihadkan sebagai langkah keselamatan. - KitaReporters


Kolam air panas semula jai di La Hot Spring


Majlis Daerah Besut (MDB) turut membina kolam air panas tambahan bagi kemudahan pelancong

9
14
1
12
0

Copy Link: