GO GREEN!! TANAM SEMULA POKOK DI CAMERON
Published byMASALAH iklim dan pemanasan global yang semakin kritikal kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan semua pihak. Justeru, inisiatif perlu dilakukan bagi menyelamatkan bumi khususnya memberikan kesedaran kepada generasi muda pentingnya menjaga alam sekitar daripada terus dicemari. : KitaReporters.com
PRESIDEN SASET,Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah (baju Putih) mengambil peluang menanam pokok pada program Go Green With SASET di Hutan Simpan Kekal Sungai Ichat, Cameron Highlands, baru-baru ini. - Ihsan bahagian komunikasi Universiti LimkokWing
Atas dasar itu, kira-kira 31 pelajar dan kakitangan Universiti Limkokwing dengan kerjasama NGO dan penduduk setempat mengambil inisiatif untuk ‘menampung kekurangan’ dengan menganjurkan program "Go Green With SASET" iaitu menanam semula 1,500 pokok hutan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Ichat, Cameron Highlands, Pahang.
Program yang berlangsung pada 15 Februari 2020 bertujuan untuk pemuliharaan kawasan pelancongan berkenaan.
Bukan
sekadar mahasiswa Universiti LimKokWing, program pemulihan berkenaan turut
dimeriahkan dengan penyertaan ahli persatuan badan beruniform seperti Persatuan
Puteri Islam, Pandu Puteri dan Pengakap serta pelajar dari sekolah-sekolah di
sekitar Cameron Highlands dan masyarakat setempat.
Bak kata
pepatah, kalau hendak melentur buluh itu biarlah dari rebungnya. Jika sudah
menjadi buluh, sukar pula untuk diubah tabiatnya.
Bukan
sekadar peribadi dan tutur kata berhemah, setiap perlakuan yang baik dalam
kehidupan harian juga perlu disemai sejak kecil.
Ini baru
betul…
Sebahagian ahli persatuan Pengakap merakam gambar bersama Presiden SASET, Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah selepas menanam 1,500 pokok terdiri daripada empat spesis pokok hutan.
Program pemuliharaan
kawasan terosot dan alam sekitar itu merupakan ilham daripada Sultan Ahmad Shah
Environmental Trust (SASET) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
(JPNP) dan Majlis Belia Malaysia-Pahang.
Lebih
menariknya, Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah yang juga
merupakan Presiden SASET turut turun padang bersama peserta bagi menanam dan
menjayakan program berkenaan.
Dalam
program berkenaan, kesemua peserta berjaya menanam 1,500 pokok yang terdiri
daripada empat spesis pokok hutan iaitu Merawan Siput Jantan, Menglembu, Merbau
dan Damar Minyak.
MAHASISWA Universiti LimKokWing dari dalam dan luar negara teruja melihat proses penanaman pokok.
Program
berkenaan juga yang pertama kali diadakan di Cameron adalah diilhamkan oleh Tengku Fahd Mua'adzam Shah dan mendapat sokongan penuh dari masyarakat setempat
Menurut
baginda, kawasan Cameron Highlands penting untuk sektor pelancongan dan program
berkenaan juga diadakan bagi menyelamatkan kawasan terbabit dari petani haram.
Sebelum ini, Hutan
Simpan Kekak Sungai Ichat yang mempunyai keluasan 121 hektar sering diteroka secara
haram dan dijadikan kebun sayur dan bunga hingga menyebabkan pencemaran pada
kawasan tadahan air penduduk setempat.
Sehubungan
itu, kawasan berkenaan perlu diberikan perhatian dan dijaga dengan sempurna.
Dalam
program berkenaaan, SASET turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
bersama Majlis Belia Negeri Pahang bagi menjalinkan persefahaman mengenai
pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar.
Hadir sama,
Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri
Pahang, Datuk Samsu Anuar Nawi.
Sementara itu, Fathmath Sadha Mohamed dari Maldives berkata, program berkenaan memberi pendedahan mengenai cara menanam pokok dan berinteraksi dengan masyarakat setempat.
"Saya
lihat semua pelajar sangat teruja dan terima kasih kepada JPNP yang menyediakan
lubang penanaman dalam jarak tertentu dan menjadikan penanaman lebih mudah.
"Saya
berharap lebih banyak program yang melibatkan pelajar Universiti Limkokwing
akan diadakan pada masa akan datang," katanya.
Manakala,
pelajar dari Mesir, Latifa Ashraf Hassan Mohamed Abdulhamid Nafie menyifatkan
program penanaman pokok juga adalah sebahagian kaedah pembelajaran lebih
menarik seperti aktiviti di luar kelas.
"Bagi
saya, aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan. Selain berpeluang untuk
melawat kawasan ini, saya juga berpeluang mempelajari tentang spesies pokok dan
alam sekitar," katanya. - KitaReporter.com