Video| Alamak! Bahayanya! Pemilik kedai dobi guna tong gas nak hasilkan udara panas! Netizen bimbang!

Published by
KitaReporters


Selalunya jika anda membasuh di dobi layan diri, kain yang dikeringkan sangat kering dah keras kerana haba yang cukup panas pada mesin tersebut. Namun, tahukah anda mengapa ia boleh terjadi?

Dalam sebuah perkongsian oleh seorang pengguna dalam media sosial, beliau telah mendedahkan modus operandi pihak dobi yang menggunakan dapur gas memasak sebagai bahan pemanas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkhidmatan dobi


Ini kerana, pengunaan tong gas dikatakan lebih murah selain digunakan untuk memasak. Tong gas ini yang digunakan untuk memasak ini dijadikan sebagai satu alat fungsi pengeringan baju.

Rata-rata warga maya yang melihat video ini menyatakan pendapat mereka bahawa banyak kedai dobi lebih memilih keadah ini kerana ianya menjimatkan elektrik dan pengunaan tong gas ini menjana udara panas lebih banyak.



Bukan itu sahaja, warga maya juga menyatakan pengunaan dapur gas memasak ini sangat membahayakan kerana boleh berlaku insiden yang tidak dirancang dan membahayakan nyawa akibat kecuaian pemilik dobi yang ingin mengaut keuntungan.

Nasihat netizen juga kepada semua orang yang menggunakan dobi layan diri agar duduk di tempat yang lebih selamat dan jauh daripada dobi seperti dalam kereta dan tidak membawa anak-anak kecil. 

Diharapkan agar pihak berwajib mengambil tindakan kepada pihak dobi yang tidak bertanggungjawab ini supaya tiada kemalangan melibatkan jiwa berlaku. - KitaReporters


8
10
0
17
0

Copy Link: