Sebelum rempit ada rampit! Syarikat Malaysia akan perkenal perkhidmatan terbaharu penghantaran!

Published by
KitaReporters


PERKHIDMATAN penghantaran yang terbaharu, rampit.io yang dibangunkan oleh syarikat Malaysia, bakal dilancarkan pada suku keempat tahun 2021 di Australia.

Menurut laporan DagangNews.com, diasaskan oleh sebuah syarikat permulaan, rempit.io menawarkan khidmat penghantaran pantas di bawah masa sembilan minit.

Menurut jurucakap syarikat, rampit.io adalah berkonsepkan jualan barangan keperluan asas dalam talian secara penghantaran sahaja (delivery-only) menerusi aplikasi khas rampit.io.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan khidmat penghantaran


‘’Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi rampit.io untuk mula membuat pembelian. Tiada had tempahan dikenakan,’’ katanya. 

Pelan perniagaan rampit.io yang bermula di Australia ini bakal menyaksikan ia dirancang memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2022 dan diikuti Singapura, Indonesia, dan Thailand sebelum akhir 2023. - KitaReporters

12
14
0
12
0

Copy Link: