INGATAN orang dulu-dulu, lidah mak mentua kalau berkata-kata memang terasa ‘bisa’... lebih-lebih lagi kalau ada yang tidak kena. Betul ke? Namun lain pula sekarang ini sejak tular mengenai Pokok Lidah Mak Mentua, rata-rata kaum wanita sudah tidak heran, janji mereka berjaya dapatkan pokok itu. : Kitareporters

Pokok Lidah Mak Mentua. - Kredit gambar: Lordladyfarm.com


Pokok Lidah Mak Mentua ini atau nama lainnya ‘Snake Plant’ sudah menjadi kegilaan dan berlumba-lumba untuk segera ada di rumah masing-masing. 

Menurut mereka banyak kebaikannya!!

Asalnya, pokok ini adalah tumbuhan yang tumbuh merata-rata, bila melihat keadaan sebenarnya seakan tiada nilai (value), namun segalanya berubah sekelip mata, kerana dalam laman sosial rata-rata berkongsi tentang tumbuhan ini. 

Namun begitu, antara sebab utama ia mula menjadi tular apabila pokok ini dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara di dalam rumah

Selain karbon monoksida, gas-gas bertoksid dan bahaya lain juga boleh disingkirkan.




Bila sudah memasuki fasa viral, pokok yang murah ini menjadi mahal selepas bertukar menjadi ‘Hot Item’ sehinggakan ada sesetengahnya sanggup menjual dengan harga tinggi. 

Pembeli pula sanggup kerana terlalu inginkan pokok tersebut. 

Berdasarkan sebuah portal wanita, Pokok Lidah mak Mentua banyak khasiatnya dan sesuai diletakkan sama ada luar mahupun di dalam rumah, sekali gus ia mampu mengurangkan tekanan

Cantik dan lebih menarik... apabila pokok yang tumbuh merata ini diletakkan di dalam pasu bunga. Bila tengok memang terasa hilang tekanan.


Berdasarkan kajian dijalankan oleh penyelidik di Universiti Harvard pula, pokok ini bermanfaat sebagai pembekal oksigen yang baik. 

Maka ia boleh mengurangkan bahaya di dalam udara dan diyakini boleh membantu mengurangkan alahan.

Selain itu, Pokok Lidah Mak Mentua ini mampu memberikan suasana dan 'mood' yang baik kepada sesuatu ruang dek kerana bentuknya yang unik. 

Dekorasi juga secara tidak langsung menjadikan suasana dalam rumah lebih mendamaikan.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk Pokok Lidah Mak Mentua.


Oleh demikian, rata-rata kaum wanita mula inginkannya di samping pokok ini senang untuk dijaga dan tidak memerlukan kos yang banyak.

Paling penting ia tidak memerlukan perhatian banyak. 

Boleh hidup dalam ruang gelap dan ketika kekurangan air. Sesuai untuk wanita yang berkerjaya. - KitaReporters

2
3
0
2
0

Copy Link: